MALAYSIA
Malaysia vs Vietnam: Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjut sehingga 12.30 tengah malam

Pihak Rapid Rail Sdn Bhd berkata langkah ini diambil sempena perlawanan Malaysia menentang Vietnam bagi Kelayakan Piala Asia AFC yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Operasi Stesen LRT (Transit Aliran Ringan) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam pada Rabu.
Menurut pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini, langkah ini diambil sempena perlawanan Malaysia menentang Vietnam bagi Kelayakan Piala Asia AFC yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ujar kenyataan, waktu operasi stesen-stesen integrasi lain turut dilanjutkan bagi melancarkan perjalanan pulang para penyokong.
"Stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa namun penumpang masih boleh keluar di semua stesen untuk meneruskan perjalanan pulang mereka."Para penyokong disaran untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen.
"Bagi yang menggunakan token, disarankan agar membeli token pergi dan balik lebih awal, sebelum meninggalkan stesen," jelas kenyataan itu lagi.
Bagi memastikan kelancaran pergerakan, kakitangan tambahan akan ditempatkan di lokasi strategik dalam stesen.
Penyokong yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan pertolongan daripada petugas stesen yang bertugas.
Rapid Rail turut menggalakkan orang ramai untuk mengikuti saluran media sosial rasmi Rapid KL serta memuat turun aplikasi PULSE Rapid KL bagi merancang perjalanan dengan lebih mudah dan efisien.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami