NATIONAL
Malaysia-GCC lancar rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas

Tengku Zafrul menandatangani kenyataan bersama rundingan FTA dengan Setiausaha Agung GCC, Jasem Mohamed Albudaiwi. - Gambar Media Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) secara rasmi melancarkan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).
Pemeterian itu dilangsungkan dalam acara selingan ketika Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin.
Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.
Kenyataan bersama ditandatangani Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan Setiausaha Agung GCC, Jasem Mohamed Albudaiwi.
"Perjanjian perdagangan bebas Malaysia–GCC akan menjadi platform strategik untuk membantu meningkatkan hubungan dua hala.
"Ia melibatkan pengurangan halangan tarif dan bukan tarif serta menggalakkan mobiliti perniagaan selain meningkatkan kerjasama kawal selia.
"Ini penting tatkala dunia hari ini dilanda pelbagai ketidaktentuan," ujar Tengku Zafrul.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyaksikan pelancaran itu.
Rundingan itu menandakan satu peristiwa penting untuk mengembangkan ekonomi dan hubungan perdagangan kedua belah pihak antara Malaysia dan GCC.
Untuk rekod, GCC terdiri daripada negara Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
FTA dijangka meliputi pelbagai bidang, antaranya perkhidmatan, pelaburan, kemudahan perdagangan dan kerjasama ekonomi lebih luas.
Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan GCC mencecah 22.3 bilion Dolar Amerika Syarikat terdiri daripada produk barangan elektrik, elektrik, petroleum dan minyak sawit.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami