awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysian Tigress jadi mangsa belasahan Great Britain

Bernama
Bernama
16/01/2024
15:43 MYT
Malaysian Tigress jadi mangsa belasahan Great Britain
Skuad wanita negara akan beraksi pada perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan pada Sabtu ini. - Gambar fail/FB AHF/Hockey India
KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita menutup saingan terakhir kumpulan kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 tanpa sebarang mata selepas menjadi mangsa belasahan Great Britain 1-8, hari ini.
Ia merupakan kekalahan buat kali ketiga berturut-turut skuad negara pada aksi Kumpulan B berlangsung di Estadio Beterodi, Valencia, Sepanyol itu selepas tewas kepada tuan rumah 0-7 dan Kanada 0-3, sekali gus menduduki tangga tercorot dengan hanya berhasil menjaringkan satu gol.
Sepanyol mengungguli kedudukan kumpulan apabila mengumpul sembilan mata, Great Britain di tangga kedua dengan enam mata sementara Kanada di tempat ketiga dengan tiga mata.
Ahad lepas, kekalahan kepada Kanada menyaksikan anak buah Mohd Nasihin Nubli Ibrahim terlepas tiket ke Paris berikutan peluang sudah tertutup untuk berada dalam dua kedudukan teratas kumpulan bagi melayakkan diri ke saingan separuh akhir.
Pada perlawanan sebentar tadi, lapan gol dijelmakan Great Britain masing-masing menerusi Hannah French (17' dan 59'), Isabelle Petter (19'), Tessa Howard (24' dan 30'), Giselle Ansley (27' dan 43') dan Sarah Jones (29').
Impian Malaysian Tigress untuk membuka akaun gol sepanjang saingan kumpulan itu dalam masa sama tercapai menerusi jaringan Nur Afiqah Syahzani Azhar pada minit ke-56.
Skuad wanita negara akan beraksi pada perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan pada Sabtu ini.
Kejohanan Kelayakan Olimpik 2024, di Valencia merupakan pentas terakhir bagi semua pasukan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan tiga pasukan terbaik kejohanan akan meraih slot ke temasya terbesar dunia itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasukan terbaik
#Sukan Olimpik Paris
#kedudukan teratas
#saingan kumpulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan