awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, petrol RON97 dan RON95 kekal
Rasuah di Malaysia: Kes Najib tidak dijadikan pengajaran – Mohd Annuar
Pasaran saham Indonesia kembali beroperasi, indeks utama kekal tidak menentu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Singapura perkukuh kerjasama dalam pendidikan keusahawanan, teknologi digital, kreatif

Bernama
Bernama
03/02/2022
13:01 MYT
Malaysia-Singapura perkukuh kerjasama dalam pendidikan keusahawanan, teknologi digital, kreatif
Persefahaman itu dicapai dalam perbincangan antara Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura Masagos Zulkifli.
PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menjalin kerjasama lebih erat khususnya dalam bidang pendidikan keusahawan, teknologi digital dan teknologi kreatif yang boleh memberi manfaat terutamanya kepada masyarakat di luar bandar.
Persefahaman itu dicapai dalam perbincangan antara Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura Masagos Zulkifli yang melakukan kunjungan hormat ke atas Mahdzir di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di sini hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan KPLB sempena kunjungan hormat itu, menteri Malaysia dan Singapura itu turut bertukar pandangan dalam hal pembangunan sosial dalam pertemuan kira-kira sejam.
Menurut kenyataan itu, Masagos juga berharap sektor pelancongan kedua-dua negara kembali rancak selepas Malaysia membuka sempadan antarabangsa bagi kemasukan pelancong asing terutamanya bagi industri ekopelancongan dan agropelancongan serta pelancongan kesihatan.
Masagos yang juga Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Hal Ehwal Ugama Islam Singapura berada di Malaysia bagi lawatan kerja selama tiga hari bermula hari ini. Lawatan kerja itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura yang terjalin sejak 59 tahun yang lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Singapura
#pendidikan
#teknologi digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan