awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Batu Pahat kekal 141 orang setakat pagi ini

Bernama
Bernama
26/03/2023
00:30 MYT
Mangsa banjir di Batu Pahat kekal 141 orang setakat pagi ini
Dua adik-beradik tekun belajar di hadapan rumah mereka di Parit Karjo, Batu Pahat yang ditenggelami banjir. - Foto fail/BERNAMA
BATU PAHAT: Jumlah mangsa banjir di Johor yang membabitkan hanya daerah ini kekal 141 orang daripada 37 keluarga setakat 8 pagi ini, sama sepertimana yang direkodkan malam tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dengan seramai 79 orang daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Yong Peng manakala 62 orang daripada 15 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan.
"Antara kawasan yang masih terjejas banjir di Yong Peng iaitu Kampung Parit Lapis Bangas, Kampung Jalan Lama, Taman Melur, Kampung Parit Amil, Taman Desa Suria dan Taman Berlian.
Di Sri Medan pula melibatkan Parit Yusof, Parit Haji Ahmad, Parit Warijo, Parit Bangas, Parit Sendayun dan Parit Seri Pasir," menurut JPBN dalam kenyataannya, hari ini.
JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 18.93 meter (m) manakala Sungai Sembrong di Empangan Sembrong berada di paras waspada dengan bacaan 10.67m.
Cuaca di kesemua 10 daerah di negeri ini dilaporkan cerah pada pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan