KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat pagi ini manakala di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak masing-masing kekal.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam kenyataan memaklumkan Mersing menjadi daerah terbaharu terjejas banjir di negeri itu, menjadikan jumlah mangsa meningkat kepada 178 orang setakat 8 pagi ini berbanding 159 orang malam tadi.
Menurutnya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Mersing dibuka pada 12.30 tengah malam tadi di Sekolah Agama Pangkalan Batu untuk menempatkan 22 mangsa banjir daripada tiga keluarga, sekali gus menjadikan enam PPS dibuka di tiga daerah termasuk Segamat dan Kota Tinggi.
"Dua PPS di Kota Tinggi menempatkan 84 orang daripada 25 keluarga, manakala tiga PPS di Segamat menempatkan 72 orang daripada 20 keluarga," menurut kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, menurut Sekretariat JPBN KELANTAN seramai 2,019 orang daripada 637 keluarga di jajahan Pasir Mas masih ditempatkan di tujuh PPS setakat ini.
Daripada jumlah itu, 712 mangsa berlindung di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Kedai Tanjong (47), SK Gual Periok (544), Masjid Mukim Padang Licin (69), PPS Putat Tujoh (157), SK Kubang Kual (256) dan SK Sri Kiambang (234).
Di TERENGGANU, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Hulu Terengganu pada pagi ini kekal seperti malam tadi iaitu 61 orang daripada 13 keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Kemat (35) dan PPS Balai Raya Kampung Tapah (26).
Di PAHANG, Sekretariat JBPN melaporkan jumlah mangsa banjir pagi ini juga tidak berubah daripada malam tadi iaitu seramai 151 orang di dua daerah membabitkan Pekan dan Bera.
Pekan mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 142 orang yang berada di PPS SK Sinar Mutiara di Sungai Miang, manakala sembilan mangsa lagi berada di PPS SK Kerayong, Bera.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal melibatkan 104 orang daripada 25 keluarga sejak 8 malam tadi, dengan kesemua mangsa ditempatkan di tiga PPS iaitu SMK Abd Rahman Talib dekat Hilir Perak, SK Padang Serai di Manjung dan Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali di Perak Tengah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam kenyataan memaklumkan Mersing menjadi daerah terbaharu terjejas banjir di negeri itu.- Gambar fail/Facebook JBPM Negeri Johor
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.