Jumlah mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat kepada 1,213 orang daripada 329 keluarga setakat pukul 8 malam ini berbanding 944 orang daripada 263 keluarga pada 4 petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Hussin berkata setakat ini terdapat 511 mangsa daripada 135 keluarga di Kuala Krai, 348 mangsa (94 keluarga) di Jeli, 254 mangsa (76 keluarga) di Tanah Merah, 57 mangsa (13 keluarga) di Machang dan 43 mangsa (11 keluarga) di Pasir Mas.
"Kesemua mangsa ditempatkan di 26 pusat pemindahan banjir di lima jajahan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Beliau berkata jumlah itu dijangka meningkat lewat malam ini terutama di Pasir Mas dan Tumpat selepas air sungai dari hulu sampai ke jajahan berkenaan ketika ini.
Sementara itu, menurut laman sesawang kerajaan negeri, ebanjir.kelantan.gov.my, tiga sungai utama di Kelantan terus menunjukkan penurunan paras air pada pukul 8 malam ini berbanding empat petang tadi.
Sungai Galas di Dabong turun kepada 34.33 meter (m) berbanding 35.10m petang tadi. Paras bahaya bagi sungai itu adalah 38m.
Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 30.74m berbanding 31.26m (paras amaran 35m) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pula pada paras 24.06m berbanding 24.43m (paras amaran 25m).
Bagaimanapun, air Sungai Golok di Rantau Panjang terus meningkat ke paras 9.58m berbanding 9.41m, melepasi paras amaran 9m.
Setakat ini juga tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 01 2017
Penduduk kampung terpaksa meredah air di Kampung Rahmat, Rantau Panjang selepas kampung mereka dinaiki air berikutan hujan lebat yang berterusan sejak Jumaat lepas. - Foto Bernama
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Kerajaan peruntuk RM59.7 juta pembelian, penambahbaikan aset APM
Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, peruntukan itu disalurkan secara berfasa bagi tempoh hingga Julai tahun depan.
Penyu sesat di stesen janakuasa diselamatkan APM
Penyu berusia tujuh hingga 10 tahun itu ditemukan pekerja stesen janakuasa yang kemudiannya menghubungi pihak APM pada 11.56 pagi.
Kerajaan peruntuk RM20 juta bagi pembelian aset APM
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM20 juta bagi pembelian kira-kira 100 pacuan roda dan lain-lain kenderaan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) sepanjang tempoh lima tahun akan datang.
Sekeluarga terkejut ular tedung selar 10kg menyusur masuk rumah
Pihak APM telah menerima satu laporan berkaitan insiden itu pada jam 1.24 petang pada Jumaat.
Terserempak ular sawa 100kg semasa hendak menoreh getah
APM akan menyerahkan reptilia berkenaan kepada Jabatan Perhilitan dalam masa terdekat.
Elaun APM naik RM2 sejam
Kadar elaun bagi anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinaikkan RM2 sejam berkuat kuasa 1 Mac 2020, umum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).
Ajal ketika cari rebung
Seorang OKU yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu telah ditemui mati bersama seguni rebung pagi tadi.
2,000 anggota APM sedia hadapi air pasang besar di Pantai Barat
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Roslan Wahab berkata negeri terbabit ialah Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Tebuan kembali 'huni' rumah
Tujuh beranak yang tinggal di Kampung Tanjung Luar, Pedu menanggung derita apabila hampir setiap hari disengat tebuan sejak seminggu lalu.
APM pantau keadaan fenomena air pasang di Kuala Muda
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Muda bersedia untuk memindahkan penduduk kampung sekiranya kawasan kediaman mereka mula dinaiki air.