Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan terus meningkat pagi ini manakala keadaan di Pahang semakin pulih dengan hanya 57 orang masih berada di pusat-pusat pemindahan.
Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,423 orang berbanding 1,188 malam tadi dengan seramai 1,224 daripada jumlah itu adalah di Rantau Panjang.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri sebanyak lapan pusat pemindahan dibuka di jajahan itu bagi menempatkan 532 keluarga yang terjejas dengan banjir gelombang kedua itu.
Selain Rantau Panjang, satu lagi daerah yang terlibat banjir ialah Tanah Merah dengan jumlah mereka yang dipindahkan ke lima pusat pemindahan ialah 199 orang daripada 54 keluarga.
Kesemua mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan di Hulu Kusial, Jedok dan Bukit Panau.
Paras air Sungai Golok, Rantau Panjang dilapor bertahan pada paras 10.42 meter iaitu melepasi bahaya sembilan meter.
Keadaan itu menyebabkan zon bebas cukai Rantau Panjang yang terkenal kini digenangi air dan kenderaan ringan dinasihat tidak melaluinya buat masa ini.
Dua jalan alternatif iaitu Jalan Rantau Panjang ke Panglima Bayu untuk ke Jeli dan Jalan Tanah Merah ke Kusial ditutup kepada kenderaan ringan.
Cuaca di Kelantan pagi ini adalah cerah.
Di KUANTAN, bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang pagi ini berkurangan kepada 57 orang berbanding 136 orang petang semalam.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini, seramai 50 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di daerah Lipis.
Di Jerantut pula seramai tujuh orang daripada dua keluarga masih berada di pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Paya Teh.
Bernama
Mon Jan 13 2014
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Hujan lebat di Korea Selatan, tujuh maut, tiga hilang, ribuan dipindahkan
Hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan menyebabkan beribu-ribu orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka di seluruh negara.
Kebakaran hutan: Ribuan terpaksa dipindahkan, kualiti udara semakin buruk
Kebakaran itu memaksa 120,000 orang meninggalkan kediaman mereka untuk sementara waktu.
2 gajah liar masuk kampung ketika musim buah-buahan dipindahkan
Pemindahan itu dibuat bagi mengelakkan berlaku konflik membabitkan gajah terbabit dengan penduduk.
Banjir kilat: 24 mangsa tiga buah kampung di Langkap dipindahkan ke PPS
Seramai 24 penduduk di tiga kawasan di Langkap, dekat sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Chikus, apabila rumah mereka dilanda banjir kilat, petang ini.
Banjir di Terengganu semakin buruk, lebih 10,000 dipindahkan
Situasi banjir di pantai Timur terutama di Kemaman, Terengganu semakin buruk malam ini apabila air mula memenuhi bandar Chukai dengan lebih 10,000 orang dipindahkan.
Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan bertambah buruk petang ini
Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin buruk dengan menyaksikan peningkatan mendadak mangsa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan petang ini.
Taufan Goni badai Filipina, ribuan penduduk mula berpindah
Taufan yang turut dikenali sebagai Rolli itu diramal akan menyebabkan kejadian tanah runtuh di Luzon.
Enjin terbakar, 300 penumpang Korean Air di lapangan terbang Tokyo diarah keluar
Lebih 300 penumpang dan krew di dalam sebuah pesawat Korean Air jenis yang berada di lapangan terbang di Tokyo diarahkan keluar selepas salah satu enjinnya mengalami kebakaran.
Mangsa banjir di Kelantan meningkat pagi ini
Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan terus meningkat pagi ini manakala keadaan di Pahang semakin pulih.
Kebakaran merebak ke Colorado Springs
Beratus-ratus penduduk terpaksa dipindahkan selepas kebakaran hutan melanda kawasan Black Forest.