KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 300 orang daripada 93 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 270 mangsa daripada 82 keluarga keluarga semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 30 kampung di daerah Paitan kini terjejas, dan lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan.
Advertisement
PPS itu ialah Pusat Komuniti Batagon Darat, PPS Gereja PCS Purubatu, PPS Surau Nur Hikmah Kampung Kaindangan, PPS Dewan SK Lubang Buaya dan PPS Dewan Terbuka Daerah.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman negeri itu akan mengalami ribut petir sepanjang hari ini.
-- BERNAMA