awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
Thailand hantar pulang 18 tentera Kemboja - Kementerian Luar
Satelit terbesar dunia dilancar, sambungan 5G terus dari angkasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Terengganu dan Pahang menurun, Johor kekal

Bernama
Bernama
29/01/2024
05:19 MYT
Mangsa banjir di Terengganu dan Pahang menurun, Johor kekal
Sebanyak 647 mangsa daripada 194 keluarga di Terengganu masih ditempatkan di empat PPS di Dungun, berbanding 923 orang daripada 275 keluarga pagi tadi. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor mencatatkan seramai 698 orang di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebanyak 647 mangsa daripada 194 keluarga di Terengganu masih ditempatkan di empat PPS di Dungun, berbanding 923 orang daripada 275 keluarga pagi tadi.
Di Pahang, jumlah mangsa juga menurun iaitu 22 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di sebuah PPS di Rompin manakala di Johor jumlah mangsa kekal 29 orang daripada sembilan keluarga di satu PPS di Kota Tinggi.
Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai masih berada pada paras bahaya.
Antara sungai terlibat ialah Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor); Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah); Sungai Golok di Pasir Mas (Kelantan); Sungai Rompin dan Sungai Pahang (Pahang); Sungai Arau (Perlis); Sungai Kinabatangan (Sabah); Sungai Klang di Petaling (Selangor); Sungai Dungun dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).
NADMA turut memaklumkan 19 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak serta jalan dan cerun runtuh antaranya Jalan Raya Timur Barat Hulu Perak, Perak; Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang; dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#NADMA
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan