awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mangsa banjir jangan berhutang dengan ah long'

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2022
22:56 MYT
'Mangsa banjir jangan berhutang dengan ah long'
B.K Tan berkata, tindakan meminjam daripada ah long bukan penyelesaian terbaik malah akan menjerumuskan peminjam kepada keadaan lebih teruk. -Foto Sinar Harian
KLANG: Mangsa banjir dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan janji manis sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ah long yang menawarkan pinjaman segera kerana dikhuatiri ia menyebabkan masalah lebih teruk.
Ketua Biro Aduan Awam MCA Klang, Datuk B.K Tan berkata, tindakan meminjam daripada ah long bukan penyelesaian terbaik malah akan menjerumuskan peminjam kepada keadaan lebih teruk.
"Dengan keadaan mangsa mengalami kerugian, secara tidak langsung mangsa akan mencari jalan mudah mendapatkan wang.
"Namun, meminjam daripada ah long bukan satu penyelesaian terbaik, malah akan berikan kesan yang buruk apabila mangsa mengalami kesukaran untuk membayar semula wang yang dipinjam," katanya dalam sidang media di Pejabat MCA Klang pada Isnin.
Katanya, terdapat pelbagai rungutan diterima pihaknya dengan mangsa banjir mendakwa didatangi ah long yang menawarkan pinjaman.
"Ada di antara mangsa banjir mendakwa ah long bertemu mereka dan menawarkan pinjaman sehingga mereka hampir terpedaya," katanya.
Pada Isnin, polis menggerakkan anggota dan pegawainya untuk memantau aktiviti sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ah long yang didakwa mengambil kesempatan terhadap mangsa banjir di beberapa kawasan yang terjejas di Selangor.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, kesemua sumber digerakkan bukan sahaja membantu masyarakat dalam pasca banjir malah membanteras sindiket ah long.
BACA: Awasi sindiket ah long cuba tawarkan pinjaman kepada mangsa banjir
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#sindiket
#Ah Long
#B K Tan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan