awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir kilat meningkat sedikit di Segamat

Bernama
Bernama
04/11/2022
01:34 MYT
Mangsa banjir kilat meningkat sedikit di Segamat
Jalan Kampung Seberang Batu Badak dinaiki air akibat limpahan air Sungai Muar ketika tinjauan di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat, semalam. --fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di daerah Segamat meningkat sedikit kepada 42 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 36 orang petang semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi bagi menempatkan penduduk yang terjejas susulan limpahan air Sungai Muar, sejak Rabu lepas.
"Dua PPS yang masih dibuka adalah Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Kuala Paya.
"Kawasan yang terjejas pula melibatkan penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya," katanya dalam kenyataan itu.
Keadaan cuaca di Johor dilaporkan cerah ketika ini, kecuali mendung di beberapa daerah iaitu Mersing, Segamat, Batu Pahat dan Kulai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Segamat
#pusat pemindahan
#Sungai Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan