Mangsa banjir di seluruh negeri meningkat secara mendadak melibatkan 334 orang berikutan hujan lebat yang berlaku pada malam Isnin.
Sebelum ini, jumlah mangsa banjir adalah seramai 94 orang dan angka itu terus melonjak naik dan kini menjejaskan seramai 109 keluarga.
Jurucakap Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, berkata kawasan yang terjejas teruk dalam banjir tersebut adalah di sekitar daerah Manjung yang melibatkan seramai 197 mangsa banjir.
"Ianya melibatkan 68 keluarga daripada tiga kampung sekitar Kg Padang Serai, Kg Kilang dan Kg Masjid di mana mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu Sekolah Agama Rakyat Padang Serai serta Dewan Orang Ramai Inderawati, Beruas.
"Pusat pemindahan sementara ( PPS) telah dibuka pada pukul 8.30 malam semalam ( Isnin), dan sehingga jam 8 pagi Selasa paras air telah meningkat setinggi 3 meter,"katanya kepada Astro Awani.
Jelasnya, banjir yang berlaku di daerah Larut, Matang dan Selama turut menjejaskan seramai 90 orang di sekitar Kg Jawa,Kg Matang Merbau, Kg Batu 27 Batu Hampar dan Kg Batu 25 di Trong.
" Seramai 28 keluarga terpaksa dipindahkan di tiga pusat pemindahan iaitu di Surau Kg Jawa, Dewan Kampung Matang Merbau dan SK Batu Hampar.
"Ianya melibatkan seramai 34 lelaki,42 wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan 13 kanak-kanak perempuan dan paras air telah meningkat sehingga ke 1 meter di Kg Matang Merbau dan Kg Batu Hampar manakala 1 kaki di Kg Jawa,"katanya lagi.
Selain itu, bagi daerah Hilir Perak pusat pemindahan SK Pengkalan Ara yang dibuka pada malam Jumaat lepas kini menempatkan seramai 27 mangsa banjir dari 9 keluarga dan paras air kekal sekitar 1 kaki.
Jelasnya, sebuah pusat pemindahan turut dibuka di daerah Kinta di Kg Piandang, Seputeh bagi menempatkan seramai 20 orang yang terdiri daripada 4 buah keluarga.
Katanya, kesemua yang terjejas ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kg Piandang yang dibuka pada petang Isnin di mana paras air telah meningkat berikutan hujan lebat.
Tambahnya, bagi daerah Bagan Datuk hujan lebat yang bermula pada 2.30 petang semalam ( Isnin) telah menyebabkan saliran utama tidak dapat menampung air yang berlebihan lalu bertakung di beberapa kawasan yang rendah.
Justeru,limpahan air telah berlaku di kawasan halaman penduduk namun kini telah beransur surut dan tiada keperluan pusat pemindahan dibuka setakat ini.
"Selain itu, laporan daripada empangan kolam Bukit Merah menunjukkan takat air setinggi 29 kaki dan perlepasan sebanyak 900 kubik meter padu sesaat.
"Paras air di tiga sungai utama iaitu Sg Kerian, Sg Kurau dan Sg Samagagah adalah normal setakat ini,"katanya kepada pemberita.
Nazialita Geynna Maharan
Tue Jan 24 2017
Kawasan yang terjejas teruk dalam banjir tersebut adalah di sekitar daerah Manjung yang melibatkan seramai 197 mangsa banjir. - Gambar hiasan
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.