awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa Bopha perlukan bahan perlindungan sementara

Bernama
Bernama
25/12/2012
01:56 MYT
Mangsa Bopha perlukan bahan perlindungan sementara
Penduduk di Baganga di selatan Filipina yang dilanda taufan Bopha kini amat memerlukan bahan perlindungan sementara dan kemudahan asas seperti tandas.
Komander Batalion Infrantri 67IB Lt Kolonel Krishnamurti Mortela berkata setakat ini bantuan makanan adalah mencukupi. Bantuan itu disumbangkan oleh pelbagai NGO, sejak taufan Bopha melanda pada 3 Dis.
"Terdapat 19,000 keluarga di Banganga yang memerlukan bahan perlindungan seperti khemah dan tandas serta kit cucian untuk kegunaan harian.
"Kesemua 31 sekolah di Baganga musnah, jadi kami memerlukan kira-kira 1,000 kabin untuk dijadikan bilik kelas dan perlindungan sementara," katanya pada sidang akhbar selepas agihan bantuan oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) di Barangay Lucod, Baganga di sini Isnin.
Mortela yang juga Ketua Pos Koman Insiden di Baganga berkata mereka juga berharap kerajaan Malaysia dapat membantu mangsa membina semula rumah mereka dan memulihkan bekalan elektrik.
Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata setakat ini pihaknya telah mengagihkan bantuan kepada penduduk kampung di Barangay Lucod dan akan meneruskannya di kawasan lain.
Lebih 1,700 mangsa menerima bantuan kemanusiaan dari KP1M termasuk keperluan asas seperti beras, kit cucian dan beberapa makanan krismas terutama untuk kanak-kanak.
"Esok, kita akan teruskan misi agihan bantuan ke kawasan Carteel dan Boston," katanya.
Topic Berkaitan
#) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
#Baganga
#Kelab Putera 1Malaysia
#Lt Kolonel Krishnamurti Mortela
#selatan Filipina
#Taufan Bopha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan