awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa dalam kereta terhumban di Batang Lassa masih belum ditemui

Afiezul Samit
Afiezul Samit
14/08/2021
08:32 MYT
Mangsa dalam kereta terhumban di Batang Lassa masih belum ditemui
Pada jam 4.32 petang, kenderaan mangsa telah dijumpai dan dinaikkan tetapi didapati tiada mangsa di dalam kenderaan tersebut. - Bomba Sarawak
DARO: Mangsa dalam kereta yang terjatuh ke dalam sungai di kawasan pembinaan jambatan muara Batang Lassa di sini, semalam masih gagal dijumpai.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), bomba Sarawak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Kelvin Lau Ben Song, 25 tahun, memasuki hari kedua dan sehingga kini hanya kenderaan mangsa yang dijumpai.
"Dalam SAR hari pertama pada jam 11.15 pagi, cermin kenderaan yang tertusuk besi penghadang dijumpai dengan bantuan kren kapal.
"Lokasi penemuan tersebut telah dipasangkan pelampung, dan pihak nomba membuat pencarian dengan menggunakan grappling iron dan juga membuat tiga kali selaman di lokasi.
"Pada jam 4.32 petang, kenderaan mangsa telah dijumpai dan dinaikkan tetapi didapati tiada mangsa di dalam kenderaan tersebut," katanya.
Operasi SAR hari kedua hanya tertumpu kepada pencarian di permukaan sungai pada jarak radius tiga kilometer dari lokasi jambatan sementara berkenaan.
Sehingga kini mangsa masih belum lagi dijumpai.
Terdahulu, PGO bomba Sarawak menerima laporan kejadian sekitar jam 4.45 pagi (Jumaat).
Menurut saksi kejadian melihat lampu kenderaan tiba-tiba hilang daripada pandangan apabila tiada kelibat lampu kenderaan melalui jambatan tersebut.
Setelah itu, saksi mendapati pagar yang menjadi penghalang sebagai keselamatan pada hujung jambatan telah patah.
Saksi kemudian mengesyaki kenderaan tersebut jatuh dan tenggelam ke dalam sungai, dari ketinggian 800 meter dari jambatan.
Topic Berkaitan
#kereta terhumban
#jatuh sugai
#Batang Lassa
#mangsa hilang
#Menteri Besar Johorbomba
#JBPM
#Kelvin Lau Ben Song
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan