awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa gagal imbang kenderaan sebelum jatuh ke sungai - Bomba

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
01/01/2021
13:30 MYT
Mangsa gagal imbang kenderaan sebelum jatuh ke sungai - Bomba
Penolong Pengarah Operasi Kebombaan JPBM Sarawak, Henderi Ardimansyah memaklumkan, kenderaan yang membawa sembilan ahli keluarga diarahkan berpatah balik keluar daripada feri akibat muatan penuh sebelum terjunam ke dalam sungai itu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak tidak menolak kemungkinan tragedi kenderaan terjunam ke sungai di pangkalan feri Triso dekat Sebuyau sehingga mengorbankan sembilan keluarga disebabkan gagal mengimbangi kenderaan di laluan berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Kebombaan JPBM Sarawak, Henderi Ardimansyah memaklumkan, mangsa yang merupakan seorang wanita ketika itu sedang memandu keluar selepas diarah berpatah balik daripada feri akibat muatan penuh.
“Saya difahamkan, muatan feri telah penuh. Jadi, apabila muatan feri berkenaan telah penuh, maka kenderaan-kenderaan yang berada di laluan feri itu diminta untuk berpatah balik.
“Jadi, dalam keadaan ini, situasi ataupun kejadian telah berlaku yang mana pemandu tidak berjaya mengimbangi kelajuan atau penglihatannya untuk melihat laluan tersebut,” jelasnya kepada Astro AWANI.
Tambah Henderi, kenderaan itu datang dari Sibu dan sedang dalam perjalanan ke Kuching.
“Sebenarnya kita difahamkan, terdapat dua buah kenderaan konvoi dari Sibu menuju ke Kuching, tetapi kenderaan yang terlibat hanya sebuah sahaja yang di dalamnya terdapat sembilan mangsa berkenaan," katanya.
Sembilan dipercayai sekeluarga maut selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda terjunam ke dalam sungai ketika sedang menunggu feri di Jeti Batang Lupar dekat Sebuyau
Sembilan dipercayai sekeluarga maut selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda terjunam ke dalam sungai ketika sedang menunggu feri di Jeti Batang Lupar dekat Sebuyau
Terdahulu, sembilan sekeluarga maut selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda terjunam ke dalam sungai ketika sedang menunggu feri di Jeti Batang Lupar dekat Sebuyau dalam satu insiden petang Jumaat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.14 petang.
BACA: Sembilan maut kenderaan pacuan empat roda terjunam ke sungai
TERKINI: Sembilan sekeluarga maut pikap jatuh sungai
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#wanita
#bomba
#mangsa
#bayi
#operasi
#lemas
#sembilan sekeluarga maut
#kereta terjunam
#Sungai Batang Lupar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan