NATIONAL
Mangsa hilang ditemui rentung dalam kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang

Pada kejadian pukul 10.50 malam tadi, sebuah unit milik Pengerang Refining and Petrochemical (PRefChem) di PIC, disahkan terbakar dan berlaku letupan sehingga mengorbankan lima nyawa setakat ini. -
Mangsa terakhir kebakaran Diesel Hydro Treater unit di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), dekat Kota Tinggi, yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui dalam keadaan rentung, tengah hari ini.
Ini menjadikan kesemua mangsa rentung seramai lima orang, kata Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pauzan Ahmad.
Beliau berkata mangsa itu ditemui dan dikeluarkan pada pukul 12.42 tengah hari.
"Lima mangsa telah dikeluarkan oleh Pihak Bomba dalam keadaan rentung. Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan kekuatan 14 anggota dan dipecahkan kepada dua pasukan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut beliau, operasi masih dijalankan setakat 1.15 tengah hari dengan operasi tertumpu kepada menyejukkan struktur bangunan dan saluran gas di kawasan kebakaran bagi mengelakkan api naik semula.
Pada kejadian pukul 10.50 malam tadi, sebuah unit milik Pengerang Refining and Petrochemical (PRefChem) di PIC, disahkan terbakar dan berlaku letupan sehingga mengorbankan lima nyawa setakat ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami