awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alam Flora kutip 3.2 tan sampah di KL pada sambutan Ambang Tahun Baharu
Johor perhebat penganjuran lebih 100 program pelancongan sempena VJY2026 dan TMM2026
ONSA perkukuh keselamatan pengguna, platform digital - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa kedua jatuh kolam meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2017
04:25 MYT
Mangsa kedua jatuh kolam meninggal dunia
Dalam kejadian 13 Julai lalu, Nur Damia Nadhirah Shahrudin ditemui mati manakala Muhammad Rusyaidi ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam tadahan air di Kuala Nerang. - Gambar fail
Seorang lagi kanak-kanak mangsa lemas akibat terjatuh ke dalam sebuah kolam terbiar di Kuala Nerang Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, pagi ini.
Muhammad Rusyaidi Muhammad Na'am, 5, yang koma sebelum ini dan ditempatkan di Wad Rawatan Rapi Pediatrik HSB, menghembus nafas terakhir kira-kira jam 9.24 pagi tadi.
Menurut ibu mangsa Kharuni Nan, 32, selepas jantung kanak-kanak itu kerapkali terhenti malam tadi, doktor cuba menyelamatkan nyawa anaknya itu, namun ketentuan Ilahi mengatasi segalanya.
Bagaimanapun, katanya, dia sekeluarga reda dengan takdir itu selepas dua hari melihat keadaan anaknya yang sebelum ini aktif, tiba-tiba menjadi kaku, di atas katil, dengan tubuhnya dipenuhi wayar.
BACA: Kanak-kanak mati lemas di kolam terbiar
BACA: Pilu lihat bapa angkat jasad Nur Damia mangsa lemas
BACA: Semua pemilik kolam dan tempat tadahan air wajib memasang pagar
Mayat Muhammad Rusyaidi dihantar ke Unit Forensik HSB untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Semeliang, Kuala Nerang petang ini.
Dalam kejadian 13 Julai lalu, Nur Damia Nadhirah Shahrudin, 5, ditemui mati di dalam kolam tadahan air manakala Muhammad Rusyaidi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Kedua-dua kanak-kanak itu sebelum itu dikatakan bermain di kawasan dusun dan telah pergi ke kolam itu, terjatuh serta ditemui terapung.
Topic Berkaitan
#Kedah
#kolam terbiar
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan