awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia Airports perkukuh akses China ke KLIA, Tawau sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Sarawak sasar vaksin 45,567 anjing menerusi program di seluruh negeri
Kod Tatalaku Laut China Selatan bukan instrumen selesai pertindihan kawasan - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa kedua lemas meninggal dunia selepas enam hari dirawat di hospital

Bernama
Bernama
20/10/2023
03:48 MYT
Mangsa kedua lemas meninggal dunia  selepas  enam hari dirawat di hospital
Mohamad Lukhman Aliff merupakan kawan baik kepada Faris Darwisy Mohd Faizal, 16, yang meninggal dunia dalam kejadian petang 13 Okt lalu.- Gambar fail/Bernama
MELAKA: Seorang lagi pelajar lelaki mangsa lemas di Pantai Mutiara, Kem Terendak meninggal dunia malam tadi, selepas enam hari koma dan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka di sini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa Mohamad Lukhman Aliff Mokhtar, 16, disahkan meninggal dunia kira-kira 10 malam, dipercayai lemas dan mengalami kematian otak.
"Pada 13 Okt lepas mangsa telah dibawa dengan ambulans Hospital Kem Terendak ke bahagian kecemasan Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Sepanjang rawatan mangsa mendapat bantuan pernafasan dan pemeriksaan secara berkala oleh pihak hospital mendapati pelajar tersebut mengalami kematian otak akibat kekurangan oksigen dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawat di wad tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Christopher berkata pihaknya dimaklumkan jenazah akan dibawa balik ke Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumikan.
Mohamad Lukhman Aliff merupakan kawan baik kepada Faris Darwisy Mohd Faizal, 16, yang meninggal dunia dalam kejadian petang 13 Okt ketika cuba menyelamatkan rakannya itu di pantai berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditemukan lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya semasa mandi-manda di pantai Mutiara Kem Terendak, pada petang Jumaat minggu lepas.
Mangsa telah pergi ke pantai bersama 14 pelajar dan dua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak pada kira-kira 6 petang untuk meraikan hari terakhir guru pelatih yang mengajar di sekolah mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa lemas
#Kem Terendak
#meninggal dunia
#koma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan