awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa lemas di Hulu Terengganu seorang pemurah ilmu

Bernama
Bernama
20/12/2015
01:20 MYT
Mangsa lemas di Hulu Terengganu seorang pemurah ilmu
Turut terkorban dalam kejadian itu isteri Abdul Halim, Nurul Adila@Salawati Awang, 39, dan tiga anak perempuan mereka - Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11, dan Nurul Izah, 10. - Foto BERNAMA
Abdul Halim Samian, 44, imam surau yang mati lemas ketika mandi bersama keluarga di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu pada Sabtu, merupakan seorang dermawan dan tidak lokek memperkongsi ilmu agama.
Anggota Jawatankuasa Lajnah Dakwah Surau Al-Fuqran Fasa 2, Bandar Puncak Alam, Ahmad Latphy Ismail, 55, berkata arwah yang merupakan imam surau itu telah mewakafkan sebuah rumah teres dua tingkat di sini untuk dijadikan sekolah agama.
"Arwah juga merupakan pelopor kepada projek infak barangan dapur untuk fakir miskin di kawasan ini dan sangat mengambil berat mengenai hal kebajikan anggota kariahnya," kata Ahmad Latphy ketika ditemui pemberita di sini, Sabtu.
Turut terkorban dalam kejadian itu isteri Abdul Halim, Nurul Adila@Salawati Awang, 39, dan tiga anak perempuan mereka - Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11, dan Nurul Izah, 10.
Anak bongsu pasangan itu, Mohd Hasif Abdul Halim, 9, bagaimanapun selamat.
BACA: Lima sekeluarga mati lemas di Hulu Terengganu
Seorang lagi anggota kariah surau berkenaan, Aziz Maharom, 42, pula menyifatkan Abdul Halim seorang yang tidak lokek berkongsi ilmu agama.
"Arwah mengajar pelbagai kelas agama di surau ini antaranya kelas mengaji al-Quran, kelas pengendalian jenazah, kursus pelaksanaan korban dan kursus nikah kahwin.
"Kehilangan arwah semestinya akan amat dirasai kerana arwah sekeluarga sentiasa meluangkan masa di surau ini walau sibuk mengendalikan urusan perniagaannya," katanya. BACA: Jenazah lima sekeluarga mati lemas selamat dikebumi
Beliau berkata difahamkan kesemua mangsa akan dikebumikan di kampung isteri Abdul Halim di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.
Topic Berkaitan
#Abdul Halim Samian
#Hulu Terengganu
#Imam surau
#mati lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan