awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa terselamat runtuhan bangunan di Pulau Perhentian meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
12/11/2023
07:43 MYT
Mangsa terselamat runtuhan bangunan di Pulau Perhentian meninggal dunia
Keadaan bangunan yang runtuh di Pulau Perhentian dalam kejadian pada awal Khamis lalu. - Gambar fail/Astro AWANI
BESUT: Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian runtuhan bangunan sebuah resort di Pulau Perhentian di sini meninggal dunia pada Ahad menjadikan jumlah terkorban dalam insiden itu seramai dua orang.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa yang merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Bahul Jamil, 42, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.
"Mangsa merupakan salah seorang daripada dua individu yang diselamatkan selepas ditemui tertimbus di bawah runtuhan bangunan pada hari kejadian (Khamis).
"Punca kematian mangsa adalah disebabkan rhabdomyolysis iaitu akibat kecederaan otot yang sangat teruk disebabkan tersepit atau cedera atau terkoyak teruk, " katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Abdul Rozak, mangsa sebelum itu dikejarkan dari Hospital Besut ke HUSM untuk menerima rawatan lanjut.
Terdahulu, tapak pembinaan restoran setinggi tiga tingkat di sebuah resort di pulau peranginan itu tiba-tiba runtuh sekitar jam 4.30 pagi pada Khamis.
Seorang lagi mangsa runtuhan bangunan maut
Insiden itu membabitkan seramai tujuh buruh binaan termasuk seorang seorang warga tempatan yang ketika itu sedang tidur nyenyak di tapak pembinaan tersebut.
Empat mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus ditemukan anggota penyelamat pada Khamis dan seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat.
Mayat buruh binaan warga Indonesia dikenali sebagai Suparno berusia lingkungan 40an ditemukan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 2.08 petang.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pulau Perhentian
#bangunan runtuh
#mangsa meninggal dunia
#polis Besut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan