Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 18 perkara di bawah tajuk pendidikan yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional untuk pilihan raya umum ke-13 ialah usaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan negara.
Timbalan perdana menteri berkata aku janji pendidikan itu mensasarkan untuk membawa Malaysia ke tahap 'kategori tiga teratas' dalam sistem pendidikan terbaik dunia.
"Di bawah manifesto itu kita (Barisan Nasional) menjanjikan akan ada kerjaya yang lebih baik kepada 420,000 guru supaya mereka mendapat pembelaan yang secukupnya," katanya.
Bagi mengurangkan beban para guru, lebih ramai pembantu pentadbiran akan diambil agar guru tidak perlu lagi melakukan tugas-tugas pentadbiran di sekolah dan menumpukan pengajaran pelajar, kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran kepada pemberita selepas majlis perasmian bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lanodron di Panchor di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga akan berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dengan melatih guru yang mengajar subjek itu di samping mewajibkan pelajar lulus subjek itu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016.
Muhyiddin berkata peluang pelajar menyambung pelajaran dalam bidang vokasional daripada 10 peratus pada masa ini kepada 20 peratus, juga diberi penekanan supaya lebih ramai pelajar yang cenderung dalam bidang berkenaan mendapat peluang pendidikan.
Kerajaan juga akan memberikan peruntukan pembangunan tetap setiap tahun kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT) bagi menambah baik keadaan sekolah.
Timbalan perdana menteri juga berkata kerajaan akan merangka kurikulum baharu mata pelajaran Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT yang lebih bersesuaian dengan standard penerimaan murid di sekolah berkenaan.
Langkah itu dibuat berikutan input daripada pelbagai pihak bahawa standard bagi pembelajaran dan pengajaran subjek itu pada masa ini terlalu tinggi, katanya.
"Kita akan rangka kurikulum lebih sesuai sebab sekolah Cina kata standard Bahasa Malaysia terlalu tinggi dan susah hendak faham. Kurikulum baharu itu nanti kita turunkan sedikit dan dirangka bersesuaian dengan keupayaan mereka supaya lebih mudah dikuasai," katanya.
Ini bertujuan apabila pelajar itu masuk ke sekolah menengah, di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mereka
Bernama
Thu Apr 11 2013
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.