MCA hari ini menyifatkan manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) hanya satu "dokumen menarik" tetapi merupakan sesuatu yang mustahil dilaksanakan.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan bahawa janji-janji yang disenaraikan dalam manifesto yang dilancarkan pada hari Isnin akan melibatkan kos sekurang-kurangnya RM200 bilion.

"Bagaimana mereka hendak membiayai semua janji-janji yang telah dibuat mereka?" Chua bertanya.

"Ini bukan tentang politik. Ini adalah tentang aritmetik mudah. Pakatan bercakap tentang pendidikan percuma, memberi subsidi institusi swasta pengajian tinggi supaya yuran setanding dengan institusi awam. Ini akan melibatkan kos yang tinggi."

“Kita harap rakyat tidak akan ditipu oleh manifesto ini," beliau menggesa.

Manifesto PR juga menyebut tentang pendidikan percuma, penghapusan tol dan semua hutang tertunggak PTPTN berjumlah RM43 bilion, serta memastikan bahawa pendapatan setiap keluarga RM4, 000 sebulan dalam tempoh lima tahun.

"Jika anda mahu untuk mencapai RM4, 000 sebulan dalam tempoh lima tahun Malaysia, Keluaran Dalam Negera Kasar (DGP) perlu dua kali ganda."

Chua berkata bahawa anggaran pertumbuhan ekonomi pembangkang 7 peratus adalah terlalu yakin.
Beliau kata walaupun dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan yang telah mendorong pertumbuhan yang sangat tinggi, GDP hanya antara 4.5 peratus hingga 5 peratus.

"Pertumbuhan tidak datang dari kenyataan politik atau slogan politik. Ia memerlukan banyak perancangan, pelaksanaan. Tetapi mereka tidak pernah memberitahu kita bagaimana untuk membiayai ini. Ia adalah hanya janji, janji dan janji."

Tambahan pula, katanya, apabila ada perubahan kerajaan, banyak bimbang ketidaktentuan ekonomi dan politik akan berlaku.

"(Dengan itu) harga-harga saham dan pelaburan akan jatuh, manakala pertumbuhan ekonomi akan terjejas. Oleh itu, bagi mereka untuk mencapai tujuh peratus GDP adalah suatu yang sangat sukar. "

Beliau juga mendakwa bahawa manifesto 2008 Pakatan Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan adalah "hampir 90%" tidak dilaksanakan.

Sebagai contoh, Chua berkata terdapat tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor atas janji-janji tertentu yang dibuat, termasuk wang untuk ibu tunggal dan warga emas.

"Apa yang paling mengecewakan ialah Menteri Besar Selangor (Khalid Ibrahim) juga berkata bahawa apa yang berada dalam Manifesto tidak mewakili janji oleh kerajaan."

Beliau berkata janji-janji yang dibuat dalam dokumen itu seperti --menjana satu juta pekerjaan, menetapkan gaji minimum pada RM1, 100, dan mengekalkan subsidi petrol-- lebih mudah dikatakan daripada dilaksanakan.

Beliau juga menegaskan bahawa tiada apa-apa untuk sekolah Cina, dan India, kumpulan orang kurang upaya, dan menyimpulkan bahawa manifesto Pakatan hanya bertujuan yang menang pengundi pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.