awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mansuh cuti penggal, beri peluang pelajar 'catch up' semula pelajaran - MIMBAR

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
08/03/2021
14:08 MYT
Mansuh cuti penggal, beri peluang pelajar 'catch up' semula pelajaran - MIMBAR
Kebanyakan ibu bapa mengatakan cuti penggal tahun ini kurang penting kerana pelajar sudah terlalu lama berada di rumah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MIMBAR) mencadangkan supaya semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan.
Yang Dipertuanya, Datin Seri Ismalina Ismail berkata, ia bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari semula pembelajaran yang tertinggal sebelum ini
“Kebanyakan ibu bapa yang saya jumpa mengatakan kurang sikit signifikannya cuti penggal ini sebab mereka dah terlalu lama berada di rumah.
"Jadi mereka ini dah banyak ketinggalan, justeru ibu bapa minta saya mengutarakan supaya dipertimbangkan untuk ditiadakan cuti penggal,” ujarnya kepada Astro AWANI.
Selain itu, beliau juga berharap pihak sekolah berasrama supaya melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan ketat terutamanya kepada pelawat yang ingin masuk ke kawasan sekolah berkenaan.
“Kita berharap pemantauan SOP ini dapat dijalankan dengan teratur dan efektif yang mana bila anak-anak balik ke asrama mereka tidak dijangkiti.
"Pelawat atau orang luar yang masuk ke kawasan sekolah harus diperiksa dulu mengikut SOP yang ditetapkan sebab kita tidak mahu orang luar yang masuk ke kawasan sekolah bawa virus dan menyebabkan timbulnya kluster baharu,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#mimbar
#cuti sekolah dimansuhkan
#cadangan
#ibu bapa
#Kementerian Pendidikan
#pembelajaran yang tertinggal
#COVID-19
#PKP
#PKPB
#Ismalina Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan