awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mantan Ketua Satu Gapena Tan Sri Ismail Hussein meninggal

Bernama
Bernama
21/10/2014
02:48 MYT
Mantan Ketua Satu Gapena Tan Sri Ismail Hussein meninggal
Allahyarham Ismail meninggal dunia kira-kira jam 9.36 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dipercayai akibat sakit tua.
Mantan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia kira-kira jam 9.36 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dipercayai akibat sakit tua.
Ismail berusia 82 tahun, meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid dan empat anak -- dua lelaki dan dua perempuan.
Ketua Satu Gapena, Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar berkata Ismail merupakan seorang tokoh di bidang kesusasteraan Melayu di negara ini.
"Sepanjang mengenali Allahyarham, beliau merupakan seorang yang lemah lembut dan selalu menghulurkan pertolongan kepada orang lain.
"Manakala dari sudut kepimpinan, beliau adalah seorang pemimpin yang berjaya membawa Gapena sehingga terkenal dalam memperjuangkan bidang kesusasteraan dan budaya Melayu di negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Allahyarham yang juga mantan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dilahirkan pada 30 Jan 1932 di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah dan menerajui Gapena bermula 1971 hingga 2013.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 16, Petaling Jaya, 10 pagi ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira 11 pagi.
Topic Berkaitan
#GAPENA
#Ismail Hussein
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan