awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS harap Akta 728 dapat dipinda bagi perluas skop penguatkuasaan

Bernama
Bernama
28/12/2020
22:09 MYT
MAQIS harap Akta 728 dapat dipinda bagi perluas skop penguatkuasaan
Saiful Yazan berkata jabatan itu amat mengalu-alukan usaha menubuhkan RCI supaya segala dakwaan berkaitan isu berkenaan dapat disiasat dengan segera. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berharap Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dapat dipinda di Dewan Rakyat tahun depan bagi memperluas dan mengukuhkan bidang penguatkuasaan jabatan itu.
Ketua Pengarahnya Saiful Yazan Alwi berkata pindaan akta itu telah pun mendapat kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, dan sedang dalam proses penelitian daripada aspek perundangan oleh Jabatan Peguam Negara.
"Ketika ini bidang kuasa MAQIS hanya di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin sahaja, jadi sekiranya akta itu dapat dipinda, skop penguatkuasaan yang berlaku di luar pintu masuk dapat diperluaskan, termasuk aspek penangkapan dan pertuduhan, juga dapat dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Ruang Bicara bertajuk 'Penyeliaan dan Pemeriksaan Daging Import Dalam dan Luar Negara' yang bersiaran di Bernama TV malam tadi.
Mengulas tindakan kerajaan yang sedang menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pengimportan daging yang diragui, Saiful Yazan berkata jabatan itu amat mengalu-alukan usaha berkenaan, supaya segala dakwaan berkaitan isu berkenaan dapat disiasat dengan segera.
"Apabila ada RCI yang terdiri daripada jawatankuasa bebas, ia dapat memberikan pencerahan kepada rakyat berikutan tohmahan yang berlaku sekarang, khasnya berhubung agensi penguatkuasaan kerajaan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saiful Yazan Alwi
#maqis
#pindaan akta
#Jabatan Peguam Negara
#Dewan Rakyat
#pintu masuk
#RCI
#import
#kartel
#daging
#sejuk beku
#tohmahan
#jawatankuasa bebas
#seludup
#Halal
#tidak halal
#logo
#gudang
#Senai
#Akta 728
#penguatkuasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan