awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mara lahirkan 1.2 juta modal insan berkualiti sejak 50 tahun lepas

Bernama
Bernama
02/03/2016
01:07 MYT
Mara lahirkan 1.2 juta modal insan berkualiti sejak 50 tahun lepas
ISMAIL: Mara pada masa akan datang terus releven demi perjuangan membela nasib orang Melayu.
Selepas penubuhannya 50 tahun lepas, Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjaya melahirkan 1.2 juta modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi dalam pelbagi bidang.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain itu, agensi berkenaan melahirkan sejuta usahawan Melayu dan Bumiputera yang berjaya.
"Mara dahulunya adalah hasil inisiatif Kongres Ekonomi Bumiputera yang bertujuan membangunkan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera kerana pada ketika itu, mereka jauh ketinggalan terutamanya dari segi pendidikan.
"Saya percaya Mara pada masa akan datang terus releven demi perjuangan membela nasib orang Melayu dan Bumiputera," katanya ketika berucap pada majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Sambutan 50 tahun Mara di sini pada Selasa.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad.
Kira-kira 1,000 pelajar, pegawai dan pesara MARA juga menghadiri majlis itu.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#Ismail Sabri
#MARA
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan