GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua buah bot tunda dan dua tongkang kerana gagal mengemukakan dokumen kapal serta insurans pada petang Jumaat.
Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kedua-dua bot tunda serta tongkang itu ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia pada jarak 0.3 batu nautika barat laut Sungai Pinang dan 1.1 batu nautika Pantai Bersih kira-kira jam 4.30 hingga 5.45 petang semasa melaksanakan Op Pertiwi.
Menurutnya, bot tunda berserta tongkang dikendalikan tujuh kru termasuk nakhoda terdiri daripada dua warga tempatan, dua warga Bangladesh dan tiga warga Indonesia yang kesemuanya berumur lingkungan 21 hingga 42 tahun.
Bot tunda kedua berserta tongkang pula dikendalikan tujuh kru termasuk nakhoda terdiri daripada dua warga tempatan, dua warga Bangladesh dan tiga warga Indonesia yang masing-masing berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun turut ditahan.
"Bot dan kesemua mereka ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen kapal serta insurans semasa pemeriksaan dilakukan.
"Pemeriksaan ke atas kru warga asing yang ditahan mendapati kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Abd Razak berkata, kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan bot serta kesemua mereka ditahan untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, beliau menegaskan kepada semua pemilik kapal serta nakhoda agar sentiasa mematuhi peraturan di laut dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang sengaja atau tidak melanggar undang-undang persekutuan yang sedia ada.
Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian 'hotline' Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau talian kecemasan MERS 999.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 17 2021
Bot tunda dan tongkang yang ditahan Maritim Malaysia kerana gagal mengemukakan dokumen kapal serta insurans pada petang Jumaat. -Foto Sinar Harian
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.
Gagal kemuka dokumen sah, bot tunda dan tongkang ditahan
Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot tunda bersama tongkang di kedudukan 0.3 batu nautika timur Pulau Pangkor pagi tadi.
Maritim Malaysia tahan bot tunda, tongkang
Bot tunda berserta tongkang dikendalikan tujuh kru termasuk nakhoda terdiri daripada dua warga tempatan, dua warga Bangladesh dan tiga warga Indonesia.
Tongkang karam di Mumbai, 26 maut, 49 masih hilang
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan setakat ini 188 orang berjaya diselamatkan dan 49 lagi masih hilang.
Remaja dikhuatiri lemas, perahu karam ketika latihan mendayung
Dalam kejadian jam 6 petang itu, tiga daripada 17 rakan mangsa yang selamat dibawa ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Empat awak-awak hilang tongkang karam di Sarikei
Sebuah tongkang yang membawa batu kelikir tenggelam bersama enam awak-awaknya berhampiran Kampung Petanak, Pulau Bruit, Tanjung Manis, Sarikei pagi tadi.
Konsulat Indonesia di Tawau hubungi pemilik 'Anand 12' dirampas Abu Sayyaf
Tongkang itu dirampas kumpulan Abu Sayyaf di perairan Filipina pada 26 Mac lepas.
Kesemua 158 penumpang dan kru feri karam selamat - Bomba
Seramai 17 penumpang feri terdiri dari 12 warga Filipina dan lima rakyat Malaysia cedera ringan dan dihantar ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.
Tongkang karam: 14 mayat dituntut, 10 dihantar pulang Ahad
Segala urusan menghantar pulang mayat tragedi itu akan ditanggung sepenuhnya pihak Indonesia.
Tongkang karam di Banting: 20 masih gagal ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat berdepan kesukaran mencari mangsa berikutan ombak kuat.