KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menenggelamkan 12 bot nelayan Vietnam yang dilucut hak untuk dijadikan tukun tiruan pada tahun ini.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, terbaharu, sebanyak tiga bot yang ditahan dalam Ops Naga Barat dan Op Kuda Laut ditenggelamkan berhampiran perairan Pulau Kapas, Marang pada Khamis.
Menurutnya, tiga bot nelayan Vietnam tersebut ditahan dan dilucut hak oleh mahkamah tahun lepas atas kesalahan menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara manakala 43 kru termasuk tekong yang ditangkap dihukum penjara tujuh bulan.
"Kesemua bot ini disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) dan 16(3) Akta Perikanan 1985 kerana memasuki perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
"Mahkamah mengenakan denda sebanyak RM4.16 juta namun oleh kerana pemilik tidak menjelaskan denda, mahkamah melucutkan hak tiga bot ini untuk dilupuskan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Muhammad Suffi berkata, sehingga kini, Maritim Negeri Terengganu telah melupuskan serta menenggelamkan 142 bot nelayan asing dengan anggaran nilai RM213 juta, sebagai tukun di sepanjang perairan Terengganu.
Katanya, program pelupusan bot sebagai tukun turut mendapat kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, Taman Laut dan Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT).
"Kaedah menenggelamkan bot sebagai tukun merupakan satu inisiatif dalam memulihara, menggalakkan biodiversiti marin dan meningkatkan sektor pelancongan terutamanya aktiviti rekreasi selam.
"Ia juga sebagai simbolik kepada keseriusan Maritim Malaysia mengekang serta membanteras kemasukan nelayan asing ke perairan negara terutamanya dari Vietnam.
"Sekarang, masih terdapat 40 buah bot berada di Pusat Tahanan Vesel (PTV) Maritim Negeri Terengganu, PTV Zon Maritim Kemaman dan PTV Bukit Datu yang menunggu keputusan mahkamah sebelum tindakan seterusnya diambil," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Jun 09 2022
Salah sebuah bot yang ditenggelamkan menjadi tukun di perairan Pulau Kapas, Marang pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
APMM tahan 21 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara
Bot itu ditahan kira-kira 160 batu nautika dari muara Tok Bali oleh Kapal Maritim (KM) Amanah yang sedang melaksanakan rondaan Op Naga Barat dan Op Kuda Laut di perairan Pantai Timur.
Op Kekal Warisan: TLDM pintas bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara
Kejayaan itu adalah hasil maklumat yang dikongsi rakan maritim Endau- Rompin.
2 anggota Maritim Malaysia cedera, tekong bot nelayan Vietnam cuba tikam
Bot dinaiki 20 nelayan Vietnam itu menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia.
Maritim Terengganu lupus 127 bot nelayan Vietnam bernilai lebih RM190 juta sejak 2010
Kesemua bot berkenaan dilupuskan secara penenggelaman untuk dijadikan tukun tiruan di sekitar perairan Terengganu.
Bot karam ketika cuba meloloskan diri, 14 nelayan Vietnam ditahan
Bot berkenaan dikesan pada kedudukan 94 batu nautika dari Kuala Terengganu pada Isnin lalu.
PASKAL bantu tahan nelayan asing dekat Pulau Redang
Berdasarkan pemerhatian dan rakaman video oleh kru helikopter Fennec, awak-awak bot nelayan asing itu dilihat berusaha memotong tali pukat bagi memudahkan mereka melarikan diri.