Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini memberi jaminan bahawa masa akan membuktikan bahawa individu yang mengkritik beliau kerana memegang jawatan Menteri Kewangan negeri, adalah salah.
Menyamakan kementerian kewangan seperti sebuah kereta, Mohd Shafie berkata jika ada yang salah dengan kenderaan itu, kesalahan harus diletakkan kepada pemandu bukannya pada kereta tersebut.
"Ini bukan salah kementerian, ia adalah kesalahan 'pemandu'. Kami akan membuktikan (kritikan itu) adalah salah dalam tahun-tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri Sabah, di sini hari ini.
Mengenai sama ada beliau akan memegang jawatan itu buat sementara waktu, Mohd Shafie berkata "kita akan lihat".
Ditanya mengenai perkara utama yang akan diberi tumpuan oleh tiga kementerian baharu di bawah pentadbirannya, ketua menteri berkata beberapa perubahan struktur perlu dilakukan untuk memudahkan penyampaian aspirasi rakyat.
Berhubung laporan polis oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin terhadap ketua menteri yang terdahulu (iaitu sebelum Mohd Shafie), beliau berkata "itu adalah hak beliau untuk berbuat demikian. Saya serahkan kepadanya jika beliau berasa wujud unsur ugutan. Saya berharap pihak berkuasa yang berkaitan akan mengambil tindakan yang perlu".
Mengenai writ saman yang difailkan oleh ketua menteri sebelum ini terhadap Juhar dan beliau, Mohd Shafie berkata beliau bersedia menghadapinya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaannya seperti yang dijanjikan, sedang mengkaji pemansuhan dasar komunal yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini.
"Kami dalam proses mendapatkan butiran mengenai perkara itu dan pengumuman akan dibuat dalam tempoh 100 hari," katanya.
Berhubung pelantikan ahli parlimen daripada parti Warisan dalam Kabinet Persekutuan, Mohd Shafie melahirkan keyakinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memasukkan Sabah dalam barisan Kabinetnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 22 2018
Mohd Shafie berkata jika ada yang salah dengan kenderaan itu, kesalahan harus diletakkan kepada pemandu bukannya pada kereta tersebut. - Foto Bernama
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.