awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Remaja hilang di Machang ditemukan lemas - Bomba
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mashitah Ibrahim dilantik Ahli Lembaga Pengarah baharu USIM

Bernama
Bernama
28/09/2020
22:30 MYT
Mashitah Ibrahim dilantik Ahli Lembaga Pengarah baharu USIM
Mashitah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah USIM. -Facebook/Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
SEREMBAN:Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Datuk Dr Mashitah Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu berkuat kuasa pada Isnin.
Menurut kenyataan Pusat Komunikasi Strategik USIM, pelantikan selama dua tahun bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu adalah bagi menggantikan Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah yang tamat tempoh lantikannya pada 22 Sept lepas.
Pelantikan dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad selaras dengan Seksyen 17(1)(f) Perlembagaan USIM (Wakil Swasta), kata kenyataan itu.
"Pengurusan universiti berbesar hati dan menyambut baik pelantikan itu kerana percaya atas pengalaman yang dimilikinya mampu memberi sumbangan yang signifikan membawa USIM ke arah pencapaian kemajuan akademik dan organisasi yang lebih cemerlang," menurut kenyataan itu.
Mashitah merupakan lulusan Sarjana Muda Tafsir dan Hadis daripada Universiti Al-Azhar, Mesir serta memiliki Ijazah Sarjana Shariah Islamiyyah dan Doktor Falsafah (PhD) Shariah Islamiyyah daripada Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir.
Selain itu, beliau juga memiliki ijazah sarjana dalam bidang 'Revealed Knowledge and Heritage' daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah UIAM selama 16 tahun bermula 1988 hingga 2004.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Mashitah Ibrahim
#ahli lembaga pengarah
#Universiti Sains Islam Malaysia
#USIM
#Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia
#Pusat Komunikasi Strategik USIM
#Muhamad Fuad Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan