SERDANG: Masih banyak perkara yang perlu dilakukan dan setiap individu dalam kerajaan menggalas tanggungjawab untuk bekerja bersama pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata kerajaan hari ini komited dan fokus untuk bekerja keras menjayakan agenda membantu Keluarga Malaysia, terutamanya ketika berhadapan krisis kenaikan harga barang ketika ini.
"Fokus utama kami sekarang ialah meneruskan kerja dan berkhidmat untuk masyarakat. Saya rasa perkara ini ialah sesuatu yang setiap orang perlu ambil tanggungjawab untuk bekerja bersama-sama perdana menteri dan kerajaan, dan fokus kepada agenda bagaimana kita boleh bantu rakyat Malaysia secara amnya ketika waktu sukar ini.
"Apabila tiba masanya, dan masa yang tepat untuk perdana menteri membubarkan Parlimen...Tetapi buat masa ini, perdana menteri amat komited mengambil usaha membantu rakyat Malaysia untuk berhadapan masa sukar ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini pada Ahad.
Annuar yang juga Ketua UMNO Ketereh mengulas kenyataan Ismail Sabri mengenai kerajaan pimpinannya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal, sekiranya Perikatan Nasional (PN) berhasrat menarik sokongan dalam kerajaan.
Parti komponen PN dianggotai oleh Bersatu, Parti Islam Malaysia (PAS), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).
Dalam pada itu, Annuar berkata tidak timbul sebarang isu kononnya PN menarik sokongan terhadap kerajaan.
Katanya, PN masih merupakan sebahagian daripada kerajaan pimpinan Ismail Sabri, walaupun tular pelbagai berita dan mesej yang mendakwa PN berhasrat menarik balik sokongan.
"Selepas macam-macam berita keluar, kita telah dapat kepastian bahawasanya PN masih lagi sebahagian daripada kerajaan. Isu PN menarik sokongan bukan lah satu isu lagi," katanya.
Pada Jumaat (5 Ogos), Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Faiz Na'aman dilaporkan menafikan laporan, yang mendakwa PN akan menarik sokongan terhadap perdana menteri kerana isu tuntutan jawatan timbalan perdana menteri, serta menegaskan partinya akan terus menyokong kepimpinan Ismail Sabri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022
Annuar berkata tidak timbul sebarang isu kononnya PN menarik sokongan terhadap kerajaan. - Foto fail/BERNAMA
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.