KOTA KINABALU: Semua masjid dan surau di Sabah dibenar beroperasi dengan kapasiti penuh bagi melaksanakan solat berjemaah tanpa bersentuh fizikal antara jemaah berkuat kuasa esok.
Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata saf antara satu jemaah dengan jemaah lain adalah berdasarkan saiz sejadah yang digunakan, dan sejadah tersebut mestilah dibawa sendiri oleh setiap jemaah.
Beliau yang menerima maklumat daripada Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Sabah menerusi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas negeri itu berkata kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) tersebut juga terpakai bagi solat Jumaat dan solat sunat tarawih sepanjang Ramadan akan datang.
"Pada tahun ini, kita (Sabah) telah diberikan sedikit kelonggaran dengan membenarkan semua masjid beroperasi dengan kapasiti 100 peratus dan penjarakan fizikal berdasarkan saiz sejadah.
"Maksudnya, saiz sejadah yang biasa dipakai...tidak terlampau kecil dan tidak juga besar. Saf rapat, tapi tidak rapat sangat, (para jemaah) tidak bertemu bahu dan tidak bertemu kaki kerana (masing-masing) ikut saiz sejadah.
"Alhamdulillah, saya fikir lebih daripada separuh kapasiti atau para jemaah sudah boleh masuk (menunaikan solat jemaah) di surau dan masjid," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan kadar zakat fitrah Sabah bagi 2022 di sini, hari ini.
Bungsu berkata Sabah masih mengekalkan SOP solat berjemaah di surau dan masjid seperti ditetapkan sebelum ini iaitu memadai hanya lengkap dua dos vaksinasi COVID-19.
"Sekiranya tiada dos penggalak tidak mengapa, yang penting individu solat berjemaah di surau dan masjid lengkap dua dos vaksin," katanya sambil menambah, SOP pemakaian pelitup muka masih dikekalkan termasuk tidak ada sentuhan fizikal seperti bersalam-salaman.
Selain itu, jamuan moreh turut dibenarkan tetapi secara berbungkus, manakala aktiviti tadarus al-Quran juga dibolehkan dengan had masa sekurang-kurangnya dua jam, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
Sabah masih mengekalkan SOP solat berjemaah di surau dan masjid seperti ditetapkan sebelum ini iaitu memadai hanya lengkap dua dos vaksinasi COVID-19. - Gambar hiasan/ Bernama
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Tiga maut terkena renjatan elektrik ketika pasang panel solar
Tiga pekerja kontrak pemasangan panel solar maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah bangunan pejabat di sini, pada Jumaat.
Belanjawan 2025: Sabah terima peruntukan pembangunan terbesar, bukti gabungan BN-PH tepat
Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga berjaya memberi anugerah kepada semua projek Pan Borneo untuk dimulakan di Sabah.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika cuci bot
Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mencuci bot bersama anaknya dalam kejadian di kawasan sungai Kampung Sri Ganda pada Ahad.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
Sabah rancang tubuh Pusat AI, inisiatif sokong ekosistem digital - Exco
Sabah merancang untuk menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan (AI) sebagai antara inisiatif menyokong ekosistem digital di negeri itu, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
Ibu maut, anak putus kaki digilis kereta api
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas di Putatan pada Selasa.
Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).
RM7 juta biaya kos kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo
Sejumlah RM7 juta diperuntukkan bagi membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan Kereta Api Trans-Borneo, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritim
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini.