PERJALANAN beregu campuran profesional negara, Goh Soo Huat-Shevon Lai, dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia tamat di peringkat suku akhir apabila tewas kepada pasangan pilihan ketiga dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, di Jakarta malam tadi.
Berdasarkan rekod pertemuan lalu, pasangan negara menang dua daripada lima pertembungan dua beregu berkenaan tetapi kali ini, ia jelas memihak Gicquel dan Delrue.
Aksi pada awal set pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua pasangan saling berkejaran mata sehingga terikat 10-10 tetapi selepas itu, wakil Perancis berkenaan tidak pernah ketinggalan sebelum menang 21-16.
Intensiti sama berkekalan dalam set kedua di mana kedua-dua beregu bersaing hebat memungut mata dan pada satu ketika terikat 18-18 tetapi Gicquel dan Delrue lebih bernasib baik pada penghujung saingan untuk ke separuh akhir dengan kemenangan 21-19 selepas bertarung selama 43 minit. -Stadium Astro
Astro Arena
Fri Jan 27 2023
Goh Soo Huat-Shevon Lai ketika bertarung menentang Thom Gicquel-Delphine Delrue, di Jakarta malam tadi. - Stadium Astro
Lebih 36,000 terbunuh dalam 8 bulan perang Israel di Gaza
Daripada jumlah itu, sejumlah 77 nyawa terkorban, sementara 221 yang lain cedera akibat serangan dalam tempoh 24 jam.
Kompleks Pasar Kota Kinabalu dijenamakan semula sebagai Anjung Kinabalu
Setiap blok bangunan di kompleks itu diberi nama baharu diinspirasikan daripada barang jualan.
Lapangan terbang, pelabuhan baharu tingkatkan ekonomi jangka panjang Sarawak
Perancangan Sarawak untuk membina lapangan terbang antarabangsa serta pelabuhan baharu di bandar ini merupakan dua projek mega negeri yang bakal merancakkan ekonominya untuk jangka masa panjang.
Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan
Industri pembinaan melalui kumpulan kontraktor kecil dan sederhana boleh menjadi 'faktor pengganda' dalam membantu mengembangkan ekonomi setempat.
Adibah Amin diumum Tokoh Wartawan Negara 2023
Adibah Amin merupakan wartawan wanita pertama diberikan pengiktirafan tertinggi dalam bidang kewartawanan tempatan.
KKR peruntuk RM24 juta untuk tingkat keselamatan jalan raya di Labuan
Sebanyak RM24.55 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek jalan raya sebagai usaha meningkatkan keselamatan pengguna di pulau bebas cukai ini tahun ini.
Kebajikan anggota, ahli keluarga JBPM terus dijaga
Aspek kebajikan dalam kalangan pegawai dan anggota bomba termasuk ahli keluarga merupakan elemen penting yang dititikberatkan oleh barisan kepimpinan tertinggi JBPM.
Enam agenda KPM sokong hala tuju negara
Lembaran reformasi pendidikan menginjak kepada perkara dasar dalam pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan selari dengan keperluan dunia semasa.
Sektor kewangan digesa bantu perniagaan jadi lebih peka kepada alam sekitar, berdaya tahan
Kamarudin berkata sektor kewangan, khususnya pasaran modal, akan terus memudahkan pembiayaan dan pelaburan yang diperlukan untuk menyokong keutamaan dan komitmen negara.
Penjualan rokok elektronik perlu pendekatan perundangan lebih serius - IKATAN
Kerajaan perlu mengambil pendekatan perundangan yang serius ke atas penjualan produk merokok khususnya rokok elektronik kepada golongan muda.
Wei Chong-Kai Wun perlu fokus rebut slot ke Piala Thomas 2024
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun perlu fokus terhadap misi merebut tempat dalam skuad Piala Thomas 2024 selepas tidak disenaraikan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
Zii Jia melangkah ke pusingan kedua Masters Indonesia
Zii Jia, yang menghuni ranking ke-10 dunia, mengambil masa 54 minit untuk menang 19-21, 21-14, 21-11.
Masters Indonesia: Soon Huat-Shevon akur kehebatan pilihan ketiga dari Perancis
Goh Soo Huat-Shevon Lai tewas kepada pasangan pilihan ketiga dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.
Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik balas dendam singkirkan Wei Keng-Chang
Jaguh beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik membalas dendam mereka ke atas Liang Wei Keng-Wang Chang dengan menyingkirkan beregu China itu daripada Kejohanan Indonesia Masters, hari ini.
Masters Indonesia: Ee Yi tunggu jawapan BAM insiden salah daftar nama
Baginya, walaupun kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku, dia tetap akur dengan segala kemungkinan yang bakal tiba.
Masters Indonesia: Penganjur siasat punca keracunan pemain Malaysia, Thailand
Pemain terlibat telah dirawat di hospital yang tiada kaitan dengan jawatankuasa penganjur atau hotel rasmi kejohanan.
Masters Indonesia: Zii Jia tepati ramalan ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Stadium Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
Goh-Shevon berjaya mara ke peringkat separuh akhir Masters Indonesia
Pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie menewaskan rakan senegara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 15-21, 21-16, 21-16.