awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari

Bernama
Bernama
13/01/2025
09:03 MYT
MASwings: Rundingan selesai, tandatangan  SPA Februari - Abang Johari
Abang Johari berkata, Majlis menandatangani perjanjian jual beli MASwings antara kerajaan negeri dengan MAG akan berlangsung pada Februari. - Foto BERNAMA
KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) selesai dimuktamadkan.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis Amanat Perdana Premier Sarawak 2025, beliau berkata majlis menandatangani perjanjian jual beli (SPA) syarikat penerbangan itu antara kerajaan negeri dengan Malaysia Aviation Group (MAG) akan berlangsung pada Februari.
"Apa saya dapat dedahkan hari ini ialah (pembelian) MASwings beres ... kemungkinan besar (majlis) SPA diadakan di Kuching.
"Rundingan telah selesai, maknanya kerajaan Sarawak ambil alih dengan nilai aset yang dipersetujui antara kedua-dua pihak," katanya yang enggan mendedahkan nama baharu syarikat itu.
Pengambilalihan MasWings selesai, proses jual beli dilaksana bulan depan
Abang Johari berkata nama syarikat berkenaan telahpun diputuskan dan ia akan diumumkan selepas majlis SPA.
Sebelum ini, media melaporkan proses rundingan nilai aset berkenaan melibatkan aspek pengendalian darat di lapangan terbang yang terbabit.
Antara destinasi antarabangsa menjadi pilihan syarikat penerbangan Sarawak susulan pengambilalihan itu termasuk Jerman, Korea, Jepun, Hong Kong dan Bangkok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MASWings
#Abang Johari Tun Openg
#pengambilalihan
#kerajaan negeri Sarawak
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan