awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat luar bandar tak perlu bimbang pengubahsuaian Bajet 2016 - Ahmad Jazlan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
10/01/2016
03:55 MYT
Masyarakat luar bandar tak perlu bimbang pengubahsuaian Bajet 2016 - Ahmad Jazlan
AHMAD JAZLAN: Perdana Menteri pastinya akan memberikan tumpuan yang sama kepada masyarakat di pedalaman.
Masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar tidak perlu bimbang dengan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, beliau yakin Perdana Menteri akan menggunakan kaedah penyelesaian terbaik dan tidak sesekali meminggirkan keperluan masyarakat di pedalaman.
Katanya, cadangan merasionalisasikan semula Bajet 2016 adalah bertepatan untuk memastikan ekonomi negara terus mampan susulan pelbagai cabaran global seperti kejatuhan harga komoditi minyak kelapa sawit.
"Apabila menyentuh (hal) masyarakat luar bandar ini, saya yakin Perdana Menteri tetap memberi perhatian. Kalau sebut masyarakat luar bandar, ia melibatkan kementerian luar bandar.
"Saya yakin dalam soal ini Perdana Menteri tidak akan memandang mudah dan sudah tentulah dalam pelan rasionalisasi yang akan dibuat nanti, masyarakat luar bandar tak perlu risau jaminan yang diberikan. Perdana Menteri pastinya akan memberikan tumpuan yang sama kepada masyarakat di pedalaman," ujar beliau.
Ahmad Jazlan ditemui pemberita selepas Majlis Lawatan kerja dan Ramah Mesra bersama Masyarakat Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Chenulang di Kuala Krai petang semalam.
Dalam majlis tersebut seramai 47 peneroka getah mendapat bantuan wang ringgit sebanyak RM500 daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar danWilayah (KKLW) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar)
Topic Berkaitan
#Ahmad Jazlan Yaakub
#Bajet 2016
#Najib Razak
#ubah suai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan