SHAH ALAM: Landskap demografi Malaysia sedang mengalami transformasi yang ketara, dengan kadar warga emas dijangka meningkat kepada 40 peratus menjelang 2043, boleh menyebabkan implikasi kritikal terhadap prospek fiskal negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Ahmad Zulqarnain Onn berkata dengan unjuran populasi seramai 39.9 juta, penduduk berusia lebih 66 tahun dijangka mencecah 5.6 juta, manakala penduduk umur bekerja (berumur 15 hingga 64 tahun) dianggarkan mencecah 27.3 juta.
"Kajian menunjukkan bagi setiap peningkatan 10 peratus dalam populasi umur, kita akan melihat penurunan 5.5 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar," katanya semasa mengumumkan prestasi dan dividen KWSP di sini semalam.
Ahmad Zulqarnain menekankan bahawa apabila masyarakat semakin berusia, tekanan dan desakan ke atas sistem penjagaan kesihatan akan meningkat dan hasil cukai negara dijangka menurun apabila sebahagian besar penduduk bersara.
"Kos penjagaan kesihatan akan meningkat, begitu juga dengan kos keselamatan sosial, memberi tekanan yang ketara kepada kedudukan fiskal," katanya.
Menurut Ahmad Zulqarnain, penduduk Malaysia lebih cepat menua berbanding negara-negara lain.
Beliau menyatakan dalam hal ini cabaran utama yang dihadapi termasuklah simpanan yang tidak mencukupi yang akan memburukkan lagi pendapatan di hari tua, majoriti orang dewasa dalam tenaga buruh tidak akan dilindungi oleh skim persaraan, dan ketakpadanan antara umur pengeluaran penuh dan umur persaraan minimum kebangsaan dalam tempoh jangka hayat yang lebih panjang.
Sementara itu, Ahmad Zulqarnain berkata 2024 bakal menjadi tahun yang penuh peristiwa bagi KWSP kerana ia memulakan beberapa inisiatif untuk memenuhi keperluan ahli-ahli KWSP yang semakin berkembang, memastikan ketahanan kewangan dan kesejahteraan sepanjang tahun persaraan mereka.
"Trend berterusan ke arah pekerjaan tidak formal yang lebih tinggi berbanding pekerjaan formal akan menjadi penggerak di sebalik pelaksanaan berterusan inisiatif-inisiatif strategik KWSP," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Ahmad Zulqarnain menekankan bahawa apabila masyarakat semakin berusia, tekanan dan desakan ke atas sistem penjagaan kesihatan akan meningkat dan hasil cukai negara dijangka menurun apabila sebahagian besar penduduk bersara. --fotoBERNAMA
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Masyarakat menua beri implikasi jangka panjang kepada kedudukan fiskal
Dengan unjuran populasi 39.9 juta, penduduk berusia lebih 66 tahun dijangka cecah 5.6 juta, penduduk umur bekerja dianggar cecah 27.3 juta.
KWSP umum dividen konvensional 5.5 peratus, shariah 5.4 peratus
Jumlah agihan bagi simpanan konvensional melibatkan RM50.33 bilion manakala RM7.48 bilion bagi simpanan shariah.
PNB umum peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Ahmad Zulqarnain
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, PNB memaklumkan peletakan jawatan itu akan berkuatkuasa pada 16 Februari depan.
ASB, ASB 2, ASM tarik tambahan RM3.5 bilion selepas had pelaburan ditingkat - PNB
Peningkatan had pelaburan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) telah menyumbang penambahan sebanyak RM3.5 bilion dalam tempoh tiga bula
PNB perkenal khidmat nasihat kewangan profesional kepada rakyat biasa
PNB perkenal khidmat nasihat kewangan profesional kepada rakyat biasa | Dagang News
Kemerosotan Sapura tidak menjadi masalah sistemik kepada PNB
Dalam konteks portfolio PNB, pelaburan dalam Sapura hanya 1 peratus.
Ahmad Zulqarnain Onn dilantik Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB
Sebelum ini, Encik Ahmad Zulqarnain merupakan Timbalan Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).
Khazanah lantik dua Timbalan Pengarah Urusan
Dana pelaburan itu berkata, Tan Sri Md Nor Yusof dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Eksekutif (EXCO), berkuat kuasa 5 Disember 2017.