awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mat despatch' sepak isteri dipenjara 12 bulan

Sinar Harian
Sinar Harian
19/04/2018
12:58 MYT
'Mat despatch' sepak isteri dipenjara 12 bulan
Mohd Malek menutup muka dengan topi bagi mengelak wajahnya dirakamkan. - Sinar Harian
Padah menyepak paha isteri yang mendesak untuk diceraikan, seorang penghantar barang terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 12 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.
Mohd Malek Mohd Ghani turut dipenjara selama tiga bulan kerana mengugut isterinya, Maznah Ramli.
Keputusan itu dibuat oleh Majistret Nurshahira Abdul Salim dan memerintah hukuman tersebut berjalan serentak bermula tarikh tangkap, 14 April lalu.
Mohd Malek mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Maznah, 26, dengan menyepak pada bahagian paha kirinya.
Dia juga mengaku melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan ketakutan terhadap isterinya dengan berkata ‘aku tengah panaskan minyak dan aku akan buat engkau menyesal seumur hidup’.
Kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Desa Mentari 3, Jalan 2D/1, Taman Medan di sini kira-kira 11.30 malam, 14 April lalu.
Mohd Malek,35, ketika dalam rayuannya berkata, pergaduhan sering berlaku di dalam rumah tangganya.
“Fasal duit. Isteri juga banyak kali minta cerai.
“Biasanya selepas gaduh, saya keluar dari rumah. Tetapi hari itu saya tidak mampu bersabar,” katanya yang hidup bersama Maznah sejak lima tahun lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin mohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.
“Jangan gunakan kekerasan dan ugutan jenayah dalam pertengkaran,” katanya.
Mengikut fakta kes, berlaku perselisihan faham antara pasangan itu dan Mohd Malek menyepak paha kiri isterinya sehingga cedera.
Dia juga mengeluarkan ugutan itu.
Sementara itu, hampir 10 individu dipercayai ahli keluarga Mohd Malek termasuk ibunya menangis melihat lelaki berkenaan digari dan ditempatkan di dalam kandang pesalah.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#Mahkamah Majistret Petaling Jaya
#Mat Despatch
#Maznah Ramli
#Mohd Malek Mohd Ghani
#Nurshahira Abdul Salim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan