awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat Rempit disaran tingkat status mereka kepada Mat Motor

Bernama
Bernama
27/02/2016
10:06 MYT
Mat Rempit disaran tingkat status mereka kepada Mat Motor
ISMAIL: Mat Motor merupakan golongan yang berminat dengan aktiviti permotoran yang melakukan program kembara secara berpasukan dan mematuhi undang-undang jalan raya. -Gambar fail
Golongan Mat Rempit disaran supaya meningkat taraf mereka sebagai Mat Motor yang lebih berhemah menunggang motosikal.
Saranan dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad yang mahu lebih ramai Mat Motor dilahirkan.
"Mat Motor merupakan golongan yang berminat dengan aktiviti permotoran yang melakukan program kembara secara berpasukan dan mematuhi undang-undang jalan raya," katanya kepada pemberita ketika melancarkan program 'Jom, JPJ Bersama Mu' peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau menambah Mat Motor juga melakukan aktiviti perlumbaan, tetapi di litar yang ditetapkan.
"Mat Rempit pula melanggar peraturan seperti memecut dan mungkin tidak mempunyai lesen. Bagi Mat Motor, melakukan perlumbaan adalah aktiviti sihat kerana mereka mematuhi peraturan dan memakai pakaian yang sesuai ketika berlumba," katanya.
Ismail diminta mengulas cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya trek lumba motosikal disediakan di kawasan tertentu di ibu kota untuk Mat Rempit berlumba.
Mengenai cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya pesalah trafik yang tidak mempunyai lesen dihadapkan ke mahkmah, beliau berkata ia memerlukan pindaan Akta Pengangkutan Jalan.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan
#Ismail Ahmad
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#mat motor
#mat rempit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan