"Ibu mangsa bagitau saya, depan mata dia sendiri, dia tengok teman lelakinya membungkus, letak anaknya dalam tong ikan dan balut dengan pita pelekat, namun dia tak terdaya berbuat apa-apa," kata seorang penghuni di Flat Paya Nahu di sini susulan kes penemuan mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun awal pagi tadi.
Wanita berusia 26 tahun itu berkata perkara itu diceritakan ibu mangsa kepadanya kira-kira 12 tengah malam tadi, apabila dia melarikan diri ke rumah beliau bersama anak perempuannya.
"Sewaktu saya sekeluarga berada di dalam rumah, ibu mangsa dan anak perempuannya berusia empat tahun, datang ke rumah saya dalam keadaan ketakutan dan mahu bersembunyi.
"Ketika itu, baru ibu mangsa berani membuka mulut, menceritakan perkara sebenar kepada saya bahawa dia dan anak-anak dipukul, ditumbuk, diterajang dan dipijak selama ini," katanya kepada Bernama di rumahnya di sini hari ini.
Awal pagi tadi, aduan diterima Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di flat berkenaan, membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.
Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong ikan dalam bilik di rumah terbabit.
Susulan itu seorang lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 26 tahun yang juga ibu kepada mangsa ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, suspek wanita itu takut untuk membawa anaknya ke hospital atau melaporkan perkara itu kepada polis kerana takut disyaki bersubahat namun setelah dipujuk, ibu mangsa kemudiannya membenarkan beliau menghubungi talian kecemasan.
"Sebelum kakak (anak perempuan) dihantar mendapatkan rawatan di hospital, ibu mangsa memaklumkan bahawa seorang lagi anaknya, sudah meninggal dan berada di dalam rumah.
"Ketika itu baru saya tahu bahawa anak lelakinya sudah meninggal dunia kira-kira dua minggu lalu, kemudian dia menceritakan bagaimana dia melihat sendiri anaknya disorokkan," katanya.
Wanita itu berkata, ibu mangsa hanya menyedari anak lelakinya sudah tidak bernyawa selepas dia keluar dari bilik air dan dimaklumkan oleh teman lelakinya bahawa mangsa terjatuh.
Wanita itu berkata beliau mengenali suspek lelaki yang tinggal di flat berkenaan namun hanya mengenali ibu kepada dua beradik itu sejak mereka berpindah masuk ke situ kira-kira sebulan lalu.
"Semasa suspek lelaki mahu membawa ibu mangsa dan dua anaknya ke flat ini, dia datang jumpa saya dan minta tumpangkan sementara ibu mangsa dan anak-anaknya di rumah saya atas alasan ada masalah.
"Tapi selepas seminggu suami dan empat anak saya mula rasa tidak selesa dan saya minta suspek lelaki untuk membawa mereka keluar dari rumah saya," katanya.
Tambahnya, dia tidak menyangka selepas keluar dari rumahnya, tiga beranak itu disorokkan di dalam rumah didiami lelaki terbabit.
"Memang saya tidak pernah dengar bunyi bising, gaduh dan pukul, tambahan pula rumah itu sering dipasang muzik kuat.
"Pernah saya ketuk pintu rumah tu, mungkin tiada penghuni lain, mendorong suspek wanita membuka pintu selepas dengar suara saya memanggilnya, baru saya tahu mereka tiga beranak berada di dalam rumah itu.
"Ketika itu, anak lelakinya turut menjengok di sebalik pintu, mukanya ada kesan lebam, darah, mata bengkak, bila saya tanya ibu mangsa, dia jawab terjatuh dalam bilik air dan ada masalah kulit, sebab tak pernah dengar bunyi gaduh, saya ingat tiada apa-apa," katanya.
Katanya lagi, dalam dua minggu lepas, lelaki terbabit sekali lagi meminta beliau menjaga anak perempuan suspek wanita itu kerana kononnya mahu ke Pulau Pinang.
"Katanya hanya dua tiga jam sahaja, tetapi empat hari selepas itu baru nampak kelibat mereka pulang. Sepanjang berada dengan saya, saya dapati anak perempuannya mempunyai kesan lebam pada badan, dan dia juga selalu bercerita bahawa suspek lelaki sering memukul dia, adik dan ibunya," kata wanita itu.
Anak perempuan suspek wanita yang mengalami kecederaan parah akibat didera kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 24 2016
Bilik yang digunakan suspek untuk menyorokkan mayat kanak-kanak berusia dua tahun di dalam tong ikan di sebuah unit Flat Paya Nahu hari ini. - Foto Bernama
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
AWANI Ringkas: Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI untuk 2 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Niaga AWANI: Pekerja Kesuma Bangsa: Lonjakkan kesejahteraan pekerja, produktiviti organisasi
Bagaimana untuk memahami hubungan antara kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi, terutamanya dalam konteks Malaysia?
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja
Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.