Seorang lelaki warga tempatan maut ditetak oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah taman permainan di Taman Sri Pulai, Kangkar Pulai, di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian pada pukul 12.50 tengah malam itu berlaku ketika mangsa berumur 20 tahun sedang minum minuman keras bersama empat rakannya di taman berkenaan.
Beliau berkata kemudian, 10 lelaki tidak dikenali yang menaiki tiga kenderaan iaitu Proton Wira, Mitsubishi Storm dan Proton Waja tiba-tiba datang dan menyerang mereka.
"Mangsa ditetak di bahagian kepala dan tangan manakala seorang rakannya yang berusia 21 tahun ditetak di bahagian bahu. Tiga rakan lain tidak mengalami kecederaan.
"Difahamkan mangsa yang berlumuran darah dan rakan-rakannya sempat melarikan diri kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian untuk meminta bantuan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Dzulkhairi berkata orang awam yang melihat kejadian membantu menghubungi ambulans yang tiba 10 minit kemudian.
Bagaimanapun, sebaik sampai di Hospital Sultanah Aminah di sini untuk mendapatkan rawatan, mangsa didapati telah meninggal dunia.
Seorang rakannya yang turut cedera dalam kejadian itu pula masih dirawat di hospital sama.
Dzulkhairi berkata setakat ini, lima suspek berjaya ditangkap dan mereka berumur antara 18 hingga 25 tahun.
Tangkapan dibuat antara pukul 10 pagi hingga 4 petang tadi di sekitar kawasan Iskandar Puteri dan Skudai.
"Kita masih memburu suspek-suspek lain dan buat masa ini tidak dapat dipastikan motif sebenar kejadian atau sama ada kumpulan berkenaan adalah kongsi gelap ataupun tidak," katanya.
Menurutnya, permohonan reman bagi kelima-lima suspek tersebut akan dibuat esok dan kes disiasat mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 10 2019
Mangsa ditetak di bahagian kepala dan tangan manakala seorang rakannya yang berusia 21 tahun ditetak di bahagian bahu.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
'Syukur, Akif akhirnya dapat dipindahkan ke HSA' - Ibu mangsa
Ku Amazon berkata, mereka bersyukur apabila hasrat untuk membawa Akif dari Hospital NUH Singapura ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru tercapai.
Tiga cedera dalam kebakaran kilang di Iskandar Puteri
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M.Kumarasan berkata, tiga lelaki terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.
Bayi sembilan bulan maut dipercayai didera
Laporan mengenai bayi itu diterima daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah pada jam 6.55 petang, Khamis lalu.
Wanita dihalang bertemu doktor kerana pakai seluar pendek
Menerusi perkongsian wanita berkenaan dalam aplikasi X atas nama Carol Yong, kejadian tersebut berlaku semasa dia mempunyai janji temu bersama doktor dengan segera.
Johor sediakan parkir sementara di HSA atasi kesesakan
Kerajaan Johor mengambil inisiatif menyediakan kawasan parkir sementara di Hospital Sultanah Aminah (HSA), bagi mengatasi kesesakan.
20 liter bahan formalin di HSA tumpah - Exco
Sebanyak 20 liter bahan Formalin tertumpah ketika pembantu perawatan kesihatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sedang menyusun atur bekas berisi bahan itu di stor spesimen.
Pelumba Club Prix Malaysia, Md Izzat Zaidi masih kritikal: 'Bangun la, saya dan anak-anak rindu'
Sejak Sabtu lalu, pelumba CKJ Racing Team iaitu Md Izzat Zaidi MD Salehan masih dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix Malaysia.
Saman kecuaian babit pesakit maut dalam kebakaran di HSA akan dibicarakan
Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit yang maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Poliklinik, parkir kenderaan bertingkat di HSA beri keselesaan, kemudahan kepada pengguna
Onn Hafiz Ghazi berkata hospital awam itu antara yang tersibuk dalam negara dengan mengendalikan 2,134 orang pesakit luar dan 460 orang pesakit di wad kecemasan sehari.
Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menyegerakan projek-projek pembinaan fasa pertama di dalam Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang dijangka bermula pada tahun ini.