KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menganugerahkan kenaikan pangkat secara anumerta, kepada tiga pegawainya yang meninggal dunia ketika bertugas pada satu majlis ringkas di Markas Tentera Udara Wisma Pertahanan di sini semalam.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataannya memaklumkan ketiga-tiga anggota berkenaan iaitu Allahyarham Mejar Mohamad Izham Ibrahim dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel, Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy ke pangkat Mejar dan Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin ke pangkat Sarjan Udara.
Menurut kenyataan itu penganugerahan berkenaan disampaikan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, kepada balu ketiga-tiga anggota berkenaan bersama cek tuntutan kematian skim takaful berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (STBATM).
Sebagai rekod Mohamad Izham maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Melayu, Subang, dekat sini ketika dalam perjalanan pulang dari tempat bertugas pada 12 Jun lepas.
"Sepanjang 23 tahun perkhidmatan di dalam TUDM, beliau pernah berkhidmat sebagai juruterbang pesawat helikopter Nuri di beberapa buah skuadron penerbangan, selain sebagai jurulatih penerbangan di Institut Penerbangan 2 Kolej Tentera Udara dan Timbalan Ketua Tim Projek Perolehan Helikopter Pelbagai Guna di Markas Tentera Udara," menurut kenyataan itu.
Sementara Mohamad Affendi yang merupakan juruterbang No 6 Skuadron, terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterworth pada 16 Nov 2021, manakala Mohd Syuib terkorban dalam insiden kemalangan ketika Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar di lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada Jun tahun lepas.
"Penganugerahan ini merupakan tanda penghargaan TUDM kepada pegawai dan anggotanya yang telah meninggal dunia selain menzahirkan keprihatinan serta tanggungjawab organisasi dan pucuk pimpinan TUDM terhadap kebajikan warganya, termasuk waris pegawai serta anggotanya yang telah meninggal dunia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Majlis Penyerahan Cek Tuntutan Kematian STBATM dan Penganugerahan Pangkat Secara Posthumous kepada waris pegawai dan anggota yang maut semasa bertugas berlangsung di Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Facebook TUDM
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Suara Rakyat: Akaun Fleksibel tampung keperluan hidup
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Pulau Pinang memilih untuk melakukan pemindahan wang daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel akibat kos sara hidup yang tinggi.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Maut ketika bertugas: TUDM anugerah kenaikan pangkat secara anumerta
Penganugerahan disampaikan kepada balu ketiga-tiga anggota bersama cek tuntutan kematian skim takaful berkelompok Angkatan Tentera Malaysia.
Polis perlu patuh BMI ditetapkan untuk naik pangkat
Pematuhan terhadap standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
998 guru sekolah agama Johor bakal nikmati kenaikan pangkat - Exco
Seramai 998 guru sekolah agama kerajaan negeri akan menikmati kenaikan pangkat berasaskan penilaian kecemerlangan yang telah ditetapkan kerajaan negeri secara berfasa, bermula tahun ini.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Hazani antara 10 pegawai kanan PDRM terlibat pertukaran, kenaikan pangkat
Datuk Seri Hazani Ghazali antara 10 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan serta kenaikan pangkat berkuat kuasa 25 April ini.
Beli barang kemas RM40,000 guna kertas kosong
Kejadian disedari peniaga wanita selepas membuka sampul setelah curiga apabila suspek yang menyamar sebagai anggota polis dari IPD Pekan meminta supaya sampul itu tidak dibuka terlebih dahulu.
Muhammad Adib diberi kenaikan pangkat
Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang meninggal dunia malam tadi diberikan kenaikan pangkat secara 'posthumous' daripada gred KB19 ke KB22 berkuat kuasa serta-merta.
25 meter padu air bersih percuma kepada golongan sasar - MB Perak
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata pemberian air percuma itu akan memberi manfaat kepada lebih 30,000 keluarga di seluruh negeri Perak.
Sambutan Hari Polis penuh sayu dan patriotik
Hari Polis ke-206 hari ini disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik.