awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi dimakan binatang ditemui di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/03/2018
11:10 MYT
Mayat bayi dimakan binatang ditemui di Ipoh
Hasil bedah siasat tidak dapat mengenal pasti jantina bayi itu kerana sebahagian anggota badan dan organnya tiada, disyaki dimakan binatang. - Gambar hiasan
Mayat seorang bayi yang dipercayai telah dimakan binatang ditemui di dalam longkang di tepi kandang lembu di belakang Politeknik Ungku Omar, Ipoh, semalam.
Mayat itu ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi sebelum memaklumkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, mayat bayi itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.
Bagaimanapun, menurut beliau, hasil bedah siasat tidak dapat mengenal pasti jantina bayi itu kerana sebahagian anggota badan dan organnya tiada, disyaki dimakan binatang.
"Terdapat kesan koyakan dan carik pada paha mayat bayi tersebut dan sebab utama kematian adalah 'unascertained decomposition'.
"Bedah siasat berakhir pukul 10.30 pagi (Rabu) dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Tambah Mohd Ali, beberapa bahagian tulang bayi berkenaan sudah diambil sebagai sampel untuk menjalankan analisis terperinci bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#buang bayi
#Ipoh
#ketua polis ipoh
#mayat bayi
#mayat dimakan binatang
#Mohd Ali Tamby
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan