awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat hampir reput ditemui terapung dalam parit

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
01/07/2020
13:04 MYT
Mayat hampir reput ditemui terapung dalam parit
Mangsa ditemui seorang pekerja kedai makan sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada majikannya yang kemudiaannya menghubungi pihak polis. - Astro AWANI
Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui terapung di dalam sebatang parit di kawasan Bandar Perdana, Sungai Petani kira-kira jam 4 petang pada Rabu.
Mangsa ditemui seorang pekerja kedai makan sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada majikannya yang kemudiaannya menghubungi pihak polis.
Menurut saksi kejadian, Mahafiz Ali, 30 tahun, dia menyedari kelibat objek yang mencurigakan ketika sedang menanam serai di kawasan berdekatan dua hari lalu.
Bagaimanapun, dia tidak mengesyaki sebarang perkara pelik pada hari terbabit dan terus pulang ke kedai makan seperti biasa.
Namun, kira-kira jam 4 petang tadi, dia bersama rakannya datang semula ke lokasi tersebut bagi mengesahkan objek berkenaan.
Rakannya kemudian memberitahu bahawa objek terbabit adalah manusia dan dia terus menyampaikan perkara itu kepada majikannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Assisten Komisioner Adzli Abu Shah mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat berkenaan.
Tegasnya, ketika ini pihaknya bersama Jabatan Forensik serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah masih berada di lokasi penemuan itu bagi menjalankan siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Bandar Perdana
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM Kedah
#Mahafiz Ali
#mayat terapung
#Polis Daerah Kuala Muda
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan