awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kejayaan PSIS di SIIF 2025 bukti TVET bukan lagi pilihan kedua - Zambry
Samsung bangunkan GPU sendiri untuk Exynos 2800, saingi Apple & Qualcomm
Pilihan raya Ahad bawa harapan kepada Myanmar, kata kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat hampir reput tanpa identiti ditemukan terapung

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
14/06/2022
08:34 MYT
Mayat hampir reput tanpa identiti ditemukan terapung
Mayat dibawa ke Jeti Feri Kuala Kedah dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto Maritm Malaysia
ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki hampir reput ditemukan terapung di laut kira-kira 7.0 batu nautika barat laut Pulau Bunting, dekat Yan kira-kira jam 10.50 pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, mayat lengkap berpakaian itu ditemukan oleh nelayan yang ketika itu sedang menangkap ikan.
Beliau berkata, sebaik menerima laporan daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi, sebuah bot ronda APMM telah digerakkan ke lokasi berkenaan.
“Nelayan yang menghubungi memaklumkan mereka tidak dapat mengangkat mayat naik ke dalam bot kerana keadaan mayat yang hampir reput.
“Nelayan bertindak mengikat badan mayat dengan pukat kerana bimbang akan tenggelam sementara menantikan bot APMM tiba,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Noor Azreyanti memaklumkan mayat kemudian dibawa ke Jeti Feri Kuala Kedah dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, mengesahkan penemuan mayat itu dan pihaknya belum mengenal pasti identiti mayat kerana tiada sebarang dokumen ditemui.
Mayat di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#mayat reput
#Pulau Bunting
#Kedah
#mayat terapung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan