awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat kanak-kanak terjatuh sungai di Ipoh ditemui

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/11/2020
08:45 MYT
Mayat kanak-kanak terjatuh sungai di Ipoh ditemui
Lokasi Muhammad Dennis Ramadhan dihanyutkan arus Selasa lalu. Foto JBPM Perak
IPOH:Mayat kanak-kanak lelaki yang terjatuh dalam sungai di Kampung Chepor Dalam, dekat sini, Selasa lalu, dijumpai hari ini, selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
Tubuh Muhammad Dennis Ramadhan Amar Fizry, 10, ditemui pasukan sukarela, Kayak Kamparado, di sungai berhampiran sebuah kilang di Lahat, kira-kira jam 2.55 petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi Selasa, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sri Kelebang itu dikatakan bermain bersama-sama empat rakannya di atas jambatan Sungai Chepor.
BACA: Kanak-kanak jatuh jambatan, dikhuatiri dihanyut arus sungai
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata kejadian dipercayai apabila seorang daripada rakan mangsa turun ke sungai ingin mengambil selipar yang terjatuh sebelum tergelincir.
Katanya, Muhammad Dennis dipercayai terjun ke dalam sungai untuk membantu rakannya itu namun dihanyutkan oleh arus Sungai Chepor dan dibawa ke Sungai Pari.
Rakannya bagaimanapun selamat dalam kejadian itu.
Topic Berkaitan
#lemas
#Kanak-kanak
#Kampung Chepor Dalam
#Muhammad Dennis Ramadhan Amar Fizry
#Kayak Kamparado
#Sekolah Kebangsaan Sri Kelebang
#A Asmadi Abdul Aziz
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan