awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Anwar diberi sambutan rasmi oleh Itali di Chigi Palace
MALAYSIA
Pesara ATM mohon kebenaran merayu dalam kes tuntutan pelarasan pencen
DUNIA
UNRWA desak PBB ambil alih agihan bantuan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Mayat lelaki dalam guni plastik dijumpai di Genting Sempah

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2017
14:29 MYT
Mayat lelaki dalam guni plastik dijumpai di Genting Sempah
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad mengesahkan mayat ditemui orang awam di kawasan lereng bukit pada jam 1.15 petang sebelum memaklumkan kepada polis.
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan berbungkus dengan guni plastik di kilometer 35 Jalan Gombak Lama, Selangor petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad mengesahkan mayat ditemui orang awam di kawasan lereng bukit pada jam 1.15 petang sebelum memaklumkan kepada polis.
Mayat dipercayai dicampak dari kedudukan 15 meter dari permukaan jalan ke lereng bukit.
Bagaimanapun polis masih menyiasat sama ada mangsa dibunuh di lokasi kejadian atau di tempat lain sebelum dicampak di kawasan berkenaan.
Mayat turut ditemui dalam keadaan kaki dan tangan diikat dengan dawai.
Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa cedera teruk di kepala dan tengkuk dipercayai dipukul dengan benda keras.
Identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui namun dipercayai dlm lingkungan 35-40 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan bunuh.
Topic Berkaitan
#genting sempah
#lereng bukit
#mangsa
#mayat
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami