KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemukan tersangkut pada tiang paip air di Sungai Klang berhampiran tanah perkuburan Bukit Tandang, Sungai Way, Petaling Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira 9 pagi.
"Mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemukan tertiarap di dalam air dan tiada pengenalan diri ditemukan bersama mangsa.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan luka pada dahi, luka lelasan pada kedua-dua tangan dan lebam pada rusuk kiri mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azlan berkata tiada senjata ditemukan di lokasi kejadian dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan.
Kes disiasat sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Serdang hari ini bagi mengenal pasti punca kematian, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemukan tertiarap di dalam air dan tiada pengenalan diri ditemukan bersama mangsa. - Foto Sinar Harian
Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.
[TERKINI] Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Ipoh.
Majlis perhimpunan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
4 Mei ialah tarikh keramat bagi semua anggota bomba di seluruh dunia dan pastinya, anggota bomba di Malaysia juga meraikan hari tersebut yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Lima ulat parkir ditahan di Melaka
Ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu positif dadah.
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Mayat lelaki dengan kesan kecederaan ditemukan di Sungai Klang
Mayat seorang lelaki ditemukan tersangkut pada tiang paip di Sungai Klang berhampiran tanah perkuburan Bukit Tandang, Sungai Way, Petaling Jaya.
Mayat lelaki lemas ketika korek pasir ditemukan tersangkut di kawasan ternakan ikan
Mangsa ditemukan tersangkut sekitar pukul 12.35 tengah hari tadi oleh orang awam.
Penunggang motosikal maut, mayat tersangkut pada pokok
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi ditemui maut tersangkut pada dahan pokok selepas terlibat kemalangan di Kilometer 17 Jalan Pantai-Bukit Tangga pada Ahad.