awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki dengan kesan luka dicucuk dalam Myvi ada kaitan kes bunuh - Polis

Bernama
Bernama
19/10/2016
23:11 MYT
Mayat lelaki dengan kesan luka dicucuk dalam Myvi ada kaitan kes bunuh - Polis
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata ia berdasarkan hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh semalam yang mendapati ada beberapa kesan luka.
Seorang lelaki berusia 30-an yang ditemui mati dalam kereta Myvi di Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru pada Ahad lepas, dipercayai mangsa bunuh.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata ia berdasarkan hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh semalam yang mendapati ada beberapa kesan luka seperti dicucuk di siku dan kedua-dua lutut mangsa yang berdarah.
"Bagaimanapun, punca kematian tidak diketahui. Sebelum ini penemuan mayat lelaki berkenaan yang ditemui dalam keadaan basah dan diliputi pasir tanpa sebarang senjata itu dikategorikan sebagai mati mengejut," katanya kepada Bernama.
Supramaniam berkata kereta itu juga menggunakan nombor pendaftaran palsu selain mangsa pernah mempunyai dua rekod lampau berkaitan pengedaran dadah dan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.
Katanya siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama
Topic Berkaitan
#Ampang Pecah
#Kuala Kubu Baru
#mangsa bunuh
#Myvi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan