awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki di tepi landasan kereta api disahkan dijerut tali - Polis

Bernama
Bernama
01/08/2025
13:15 MYT
Mayat lelaki di tepi landasan kereta api disahkan dijerut tali - Polis
Bedah siasat ke atas mayat lelaki yang ditemukan berhampiran landasan kereta api di Sungai Serian, Kalumpang, Hulu Selangor semalam mengesahkan mangsa maut akibat dijerut menggunakan tali. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat lelaki yang ditemukan berhampiran landasan kereta api di Sungai Serian, Kalumpang, Hulu Selangor semalam mengesahkan mangsa maut akibat dijerut menggunakan tali.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin berkata setakat ini identiti mangsa belum diketahui dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Terdapat kesan jerutan pada leher mangsa dengan menggunakan tali dan kesan jerut disyaki sama dengan tali (seperti rantai) yang dipakai pada leher mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat lelaki itu ditemukan orang awam kira-kira 10.30 pagi semalam dalam keadaan kaki dan tangan terikat serta kepala dibalut kain dan dilekatkan dengan pita pelekat hitam dan putih.
Ibrahim dilaporkan berkata berdasarkan siasatan awal, mayat berkenaan dipercayai dicampak dari jambatan Kampung Sungai Serian setinggi 11.15 meter.
Pemeriksaan juga mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih empat hari dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohamad Fadli Abdul Aziz di talian 03-6064 1222 atau tampil ke balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat lelaki di tepi landasan kereta api
#dijerut tali
#Sungai Serian
#Polis Daerah Hulu Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan